BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

Mayat Jacko

lAPORAN POST MORTEM JACKO KUAR MGGU DEPAN...


LOS ANGELES: Laporan hasil bedah siasat mayat Michael Jackson ditangguhkan sehingga minggu depan, menurut penolong ketua Koroner Daerah Los Angeles, Ed Winter, hari ini.

Sebelum ini Pejabat Koroner Los Angeles berkata, laporan bedah siasat terhadap mayat raja pop itu akan dikeluarkan esok (Jumaat) selepas spekulasi merebak bahawa kematian Michael berpunca daripada pengambilan dadah berlebiham.

Bagaimanapun, hari ini Winter berkata, keputusan itu hanya akan dikeluarkan minggu depan selepas laporan lengkap toksikologi diperoleh.


Winter berkata, penangguhan itu juga disebabkan Pejabat Koroner mengeluarkan sapina baru untuk mendapatkan rekod kesihatan Michael daripada pakar bedah plastik, Lawrence Koplin di Beverly Hills.

“Saya mengeluarkan sapina tengah hari semalam untuk memperoleh rekod perubatan Michael dan doktor terbabit memberi kerjasama," katanya.

Kelmarin, polis menggeledah rumah dan pejabat doktor peribadi Michael, Conrad Murray, di Las Vegas selepas Murray kini menjadi tumpuan siasatan bagi mengetahui punca kematian penyanyi itu, bulan lalu. - AFP

0 comments: