BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 28, 2009

Obama lahir di Malaysia

salam..

hehehe..betol ke tajuk atas tuh.em, kalu yang kurang membaca mesti akan fikir cerita itu betol, tapi yang sebenarnya..hah nak tau.. ikuti kisah selanjutnya kat berita Utusan Malaysia nie..

Obama lahir di Hawaii

HONOLULU 28 Julai - Pegawai kerajaan di Hawaii berkata, mereka telah memeriksa dan mengesahkan bahawa Presiden Barack Obama dilahirkan di Hawaii dan merupakan rakyat kelahiran Amerika Syarikat (AS), justeru memenuhi keperluan Perlembagaan sebagai Presiden.

Pengarah Kesihatan, Dr. Chiyome Fukino berharap kenyataan pihaknya itu dapat menghentikan desas desus mengenai tempat kelahiran Obama yang didakwa dilahirkan di Kenya, sekali gus menyebabkan beliau tidak layak menjadi Presiden AS.

"Saya telah melihat rekod asal yang disimpan di dalam fail Jabatan Kesihatan negeri Hawaii yang mengesahkan Barack Hussein Obama lahir di Hawaii dan warga negara kelahiran Amerika," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

"Tiada apa lagi yang dapat saya tambah dalam kenyataan ini atau kenyataan asal yang dikeluarkan pada Oktober 2008, lapan bulan lalu,'' ujarnya.

Kumpulan yang dikenali sebagai 'birthers' yang mendakwa Obama tidak layak menjadi Presiden kerana didakwa lahir di luar AS, kini menjadi semakin lantang ddalam blog-blog dan rancangan berita televisyen.

Fukino telah mengeluarkan kenyataan yang sama pada 31 Oktober lalu tetapi didorong untuk menyatakannya sekali lagi ekoran perhatian yang diterima mengenai tempat kelahiran Obama.

Jabatan Kesihatan Hawaii kebelakangan ini dibanjiri dengan pelbagai soalan daripada individu dan stesen berita TV kebangsaan bertanyakan bukti kelahiran Obama di Hawaii.

"Mereka terus menerus bertanya," kata jurucakap jabatan, Janice Okubo.

Perlembagaan menetapkan bahawa seseorang mesti warga negara yang lahir di AS untuk melayakkannya menjadi Presiden. - AP

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm)

1 comments:

Anonymous said...

haha...tajuk saudara ni buat saspen jer..
neway, ni lar manusia, sggup tduh mnuduh demi menjatuhkan orang yang tidak disukai mereka..