BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 18, 2009

Selsema Babi (H1N1) sekolah saya disahkan positif

Rajin baca berita x???
kmk temu berita tok tek kat Utusan Online..
baca arrr....

10 pelajar SMK Sains Kuching positif <---salah eja SMS Kuching

KUCHING 18 Julai - Sepuluh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sains Matang, Kuching yang disyaki dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1) kelmarin disahkan positif.

Kesemua kes berkenaan melibatkan penularan tempatan.

Dengan kes terbaru itu, jumlah keseluruhan kes selesema babi di Sarawak meningkat kepada 55 kes iaitu 23 merupakan kes import dan 32 lagi merupakan penularan tempatan.

Bilik Operasi Negeri dalam kenyataannya hari ini memberitahu, 32 pelajar di dua buah sekolah menengah di Limbang turut menjadi suspek selesema babi setelah wujud simptom jangkitan H1N1 di kalangan mereka.

"Kita telah mengambil sampel 17 pelajar SMK Patiambun dan 15 pelajar SMK Kubong hari ini untuk pemeriksaan," katanya.

Menurut kenyataan itu, berikutan terdapat suspek kes H1N1, dua buah sekolah berkenaan ditutup selama seminggu bermula semalam hingga 23 Julai ini.

Semalam, Sarawak mencatatkan lapan kes penularan tempatan selesema babi setelah pelajar di SMK Agama Limbang disahkan positif H1N1.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Dr. Julaihi Bujang ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, pelajar-pelajar suspek selesema babi kini menjalani rawatan di asrama sekolah masing-masing.

Katanya, Jabatan Kesihatan negeri memutuskan supaya kesemua pelajar menjalani rawatan di sekolah sahaja.


p/s: moga penyakit towk dapat dikawal dari terus merebak..Nauzubillah..


1 comments:

aRiFF hAFIZi said...

latest news is sm sains dungun, skola aku.....