BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 20, 2009

My name card..


(nieh logo official saye...heheheh...)


(my name card..download laaa ea... )


assalamualaikum wbt... salam sejahtera buat semua.. saya rindu sgt ngan semua.. huhu dlm seminggu niehh sye jrg bukk ntent..yelah cuti n berjalan2 jee..hheheheh.. anyway..saya nak bagi name card saya.. so bley la korg download then gie print eehh..hehehe.. kang kontek2 laa...

satu lagi..bru je jap tadi sye bukak radio then dgr dah lagu raya (raya haji).hehehe.. sedih dah..huhuhu.. so ...w/pun msh awal...saye nak ucap gak..SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...

Sunday, November 1, 2009

Gambar di Masjid Wan Alwi- Majlis Haul


Masjid Wan Alwi, Tabuan


Masjid Wan Alwi, Tabuan


Masjid Wan Alwi, Tabuan


masjid Wan Alwi, Tabuan


Masjid Wan Alwi, Tabuan


Masjid Wan Alwi, Tabuan

Assalamualaikum..
ini adalah sekitar majlis haul imam al haddad..
ana tak taw nak letak citer ape kat sini..
tapi biar ana citerkan..rezki Allah bila mnyampaikan ana ke tempat tersebut..

pada hari tersebut ana gelisah sebenarnya..dapat ke ana pegi ke tempat majlis haul tersebut.?? .bukan nyer ape..dari pihak atasan takde tranpot di sediakan oleh pihak kampus...jadi ana hanya membiarkan angin lalu menentukan runsing hati dibawak arus angin..
tapi dlm hati menyimpan hasrat besar agar agar Allah memudahkan ana untuk ke sana..

ana cuba minta akhie ana untuk mengambil ana....tapi tiada balasan lanjut dterima..maksudnya...emm...tak dpt la nak ambil ana untuk ke sana...
sebelah petang pulak..ada lagi shbt ana mengirimkan msg majlis haul tersebut..jadi dlm hati segar kembali..agar sahabat ana dpt mengambil ana..dan menumpang bersama untuk ke program tersebut..skali plak die kat UIAM plak..dah blek kampus..
jadi.ana menangis dlm hati sahaja...huhuuhuhuh..samapila senja....masok waktu maghrib...

hahhhhh...! bila dgr azan maghrib nak msok...saye tak smpt nak mandi.nak ambil phala berjemaah di msjid...
nak dipendekkan crita..di masjid beberapa org shbt ana juga berkeinginan pergi ke sana..majlis haul..oleh kerana kesuntukan masa juga..sebab terlepas dah sesi ptg...maka kami yang ada di masjid terus sahaja nekad pegi ke Masjid Wan Alwi..dan menyewa kereta..ana plak takde fulus waktu tuh..tapi kerana atas keyakinan..meminta kepada Allah..kwn ana menawarkan dia membantu mmbayar sewa...hehe.jadi kmi pon pegi..
saya pulak dlm keadaan yang tak berapa sesuai pkaian nye,,,bju tshirt..hijau terang...dgn seluar slack.
hahah..org lain sume bjubah...berpkaian yang lebih sesuai dri itu.tapi tak mengapala....

byk input yg kami perolehi..di sini..sya kongsi 2 amalan yang mereka berikan...

2 amalan :

1.mulakan Bismillah pada setiap perbuatan yang baik

2.berbuat baik kepada jiran..walaupun dia bukan muslim..

p/s: amalkan perkara ni..insyaAllah..walaupun nampak ringan tapi besar barakah nyer,,
sekian'...
wassalam.

Sekilas Majlis Haul Imam al-Habib`Abdullah bin `Alwi bin Muhammad al-Haddad


(lampiran 1...)


(lampiran 2..)


(poster haul..)

Majlis Haul Imam AlHaddad bertujuan khusus mengenang peninggalan Imam Al-Haddad selaku seorang Qutub dan Mujaddid Islam abad kedua belas hijri. Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad terkenal sebagai seorang ‘arifin yang memiliki ilmu yang luas lagi bermanfaat; bukan sahaja untuk insan yang hidup pada zaman beliau, bahkan untuk sesiapa sahaja tanpa batasan merentasi zaman atau umur. Beliau kehilangan daya penglihatan sejak berusia umur empat tahun namun memiliki kelebihan yang luar biasa yang telah digantikan oleh Allah s.w.t. dengan nur basirah serta kebolehan menyerap ilmu dan menyebarluaskannya.
Siapakah Imam 'Abdullah al-Haddad?
Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu.
Untuk membaca lebih lanjut tentang beliau,sila klik di sini.
Majlis haul di Melaka akan diadakan di Baitul Qura, Sungai Udang pada 27 Oktober 2009. Majlis di Sarawak akan diadakan di Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya pada 31 Oktober 2009 dan di Masjid an-Nur, Pujut Padang Kerbau, Miri pada 30 Oktober 2009. Di Labuan akan diadakan di Masjid Layang-Layangan pada 29 Oktober 2009.
Baitul Qurra' wal 'Ilmi

ruj : blog sahabat ana... http://ibnuzamani.blogspot.com