BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 1, 2009

Sekilas Majlis Haul Imam al-Habib`Abdullah bin `Alwi bin Muhammad al-Haddad


(lampiran 1...)


(lampiran 2..)


(poster haul..)

Majlis Haul Imam AlHaddad bertujuan khusus mengenang peninggalan Imam Al-Haddad selaku seorang Qutub dan Mujaddid Islam abad kedua belas hijri. Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad terkenal sebagai seorang ‘arifin yang memiliki ilmu yang luas lagi bermanfaat; bukan sahaja untuk insan yang hidup pada zaman beliau, bahkan untuk sesiapa sahaja tanpa batasan merentasi zaman atau umur. Beliau kehilangan daya penglihatan sejak berusia umur empat tahun namun memiliki kelebihan yang luar biasa yang telah digantikan oleh Allah s.w.t. dengan nur basirah serta kebolehan menyerap ilmu dan menyebarluaskannya.
Siapakah Imam 'Abdullah al-Haddad?
Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu.
Untuk membaca lebih lanjut tentang beliau,sila klik di sini.
Majlis haul di Melaka akan diadakan di Baitul Qura, Sungai Udang pada 27 Oktober 2009. Majlis di Sarawak akan diadakan di Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya pada 31 Oktober 2009 dan di Masjid an-Nur, Pujut Padang Kerbau, Miri pada 30 Oktober 2009. Di Labuan akan diadakan di Masjid Layang-Layangan pada 29 Oktober 2009.
Baitul Qurra' wal 'Ilmi

ruj : blog sahabat ana... http://ibnuzamani.blogspot.com

0 comments: