BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 4, 2011

Si BUta kah yang BUta..atau kita yang buta???


Dalam kedewasaan usia tanah melata bumi kita Malaysia, ku kira kita sudah maju dengan kemodenan, bermegah dengan paksi bangunan yang tinggi menjulang , ataupun meninggikan hidung dengan sistem serta kecanggihan yang kita kecapi. Namun itu adalah percaturan yang salah untuk kita rakyat Malaysia berbangga dengan apa yang kita ada kerana, kesedaran insaniah jua penaakulan sivik kita masih pada tahap yang cetek malah mungkin boleh dikatakan semakin lewat jika dibandingkan dengan sekala kemodenan Negara kita.


Kenapa saya berujar sedemikian? Kenapa perlu untuk saya menghukum rakyat Malaysia yang terpinga jika dituduh meliar seperti itu? Cendikiawankah aku untuk menilai telatah manusia? Cukup untuk saya bercerita, bahawa si buta tak buta, namun kita si celik inilah yang buta. Jika kita renung dan perhatikan sosialisasi sekeliling kita, kita menerima kehadiran sang buta, malah kita kadang-kadang bersimpati di atas kekurangan upaya mereka. Ya, itu cuma segelintir kita yang merasakannya, malah dalam segelintir itu, cuma sedetik waktu hati kita bersimpati. Selebihnya, masa dan dan detik itu terus berlalu dengan memerhati sahaja tanpa sebarang daya untuk menyumbang tenaga atau berbuat jasa.

Kita biarkan si buta melangkah penuh harapan, tersungkur menyambah bumi tatkala kaki tersadong di ketul batu, merekah calar tubuh yang dipaksa untuk mencari rezeki bila dirobek ketajaman sisi, atau jua kurasakan dia si buta bersimpati atas diri sendiri, namun tiada masa untuknya merasa kesal diri, jauh sakali menagih simpati warga kota atau insan yang merasa dirinya tak buta. Cuma, si buta mengukir senyum kepada sesiapa sahaja penuh ikhlas di hatinya. pasti ikhlas.



Kita pula yang celik, haram agaknya bersapa atau paling kurang melakar senyum di bibir buat insan sesama fitrahnya. PAYAH mungkin kita laksanakannya, tapi kenapa mudah buat si buta. Di bandar besar atau pekan kecil kaki si buta mencipta tapak jejaknya untuk sebutir beras ditelan. Entah, kita melihat cuma si buta terkapai mencari no bas yang perlu untuk dinaiki ke hala destinasi. Kita bersimpati sedetik cuma, memerhati tanpa berjasa, telatah si buta kita tontoni sahaja.
Ada yang menjawab soalan si buta dengan jawapan yang memperli zahirnya. Menghulur bantuan ala kadar tanpa belas kepada si buta. Apa yang kita harapkan si buta jika dia berjaya naik bas yang betol tanpa kita yang membantunya. Kita nampak si buta mencaturkan dirinya di lembah lebuh raya yang sesak itu. Khuatir kita ada, jika si buta di langgar pacuan beroda. Tapi itu kita, cuma sedetik untuk bersimpati, namun jasa belum terhulur lagi.


Mengimbas bayangan ini, aku tersentak kerana kita yang BUTA. Hati mungkin segelap arang terpamer, masih menolak kita tidak buta. Benar kita hulurkan doa buatnya. Syukurlah kita masih berhati manusia. Ingat, ikut hati mati. Cuma batin yang merasai hati kita namun zahirnya belum tercurah jasa kita pada yang memerlukannya. Si buta pula, dialah yang celik hatinya. Mengukir senyum itu sedekah yang termampu untuknya. Melangkah dengan hemat penuh berdoa kepada Allah yang Esa. Moga hari-harinya sentiasa cerah dalam nur keredhaan pada yang kuasa. Amin....

catitan : Prof Eiymer.

0 comments: