BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 1, 2009

Tamrin Jundiy PERKEPIS 2009

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat sahabat2 sekalian.

Pada hujung minggu lepas, PERKEPIS (Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak) telah mengadakan Tamrin Jundiy : Perkampungan Generasi Siswa Siswi Intelektual 2009 (PGSI 2009).bertempat di HOME STAY ABBAS, Panglima Seman. Program Ini telah dihadiri oleh penuntut-penuntut IPT sekitar kuching/samarahan, yg telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari tersebut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalaha seperti berikut :

  1. Taaruf peserta
  2. Tazkirah Subuh : Konsep Hamba Dan Khalifah oleh Ustaz `Afif Iskandar
  3. LDK : Memugar budaya Ilmu, penekanan aspek menyuburkan ilmu
  4. Diskusi 1: Fiqh Ibadah oleh Ustaz Wan Izzuddin
  5. LDK : Kepimpinan Dan Berpersatuan
  6. Diskusi 2 : Pidato Daie Besar oleh Ustaz Hasfa Bakhry
  7. Diskusi 3 : Mahasiswa Dan Kepedulian Sosial oleh Sdri Shamsiah Mahli
  8. Tayangan Video : Badar Al-Qubra
  9. Diskusi 4 : Fiqh Ibadah
  10. Penutupan.
  11. Qasidah selingan setiap aktiviti

Antara intipati yang serba sedikit yang boleh saya ulas adalah berkaitan dengan konsep hamba dan khalifah. Mungkin selama ini kita cuma menyedari bahawa kita sekadar hamba, itu pun entah bagaimanakah ketaatan kita untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Dengan runtun rasa hati yang dahagakan maksud sebenar diri kita ini, akhirnya akan memastikan kita benar-benar faham erti hamba dan kemudiannya khalifah. Sebagai tambahannya, bagaimanakah akhlak kita kepada Rasulullah s.a.w, sunnah2 baginda dan sebagainya yang sepatutnya kita cuba untuk mengikutinya. Kerana jika kita sedar akan perkara itu, pasti kita akan berlumba-lumba mengerjakannya, lebih2 lagi dengan fadhilat bulan Ramadhan yang penuh barakah dan rahmat dari Tuhan yang Esa.

Kemudian menyusul isi mahasiswa serta kepedulian kita terhadap perkara ini juga harus kita semak semula. Kerana apa, kerana jika kita berada dalam kelompok manyarakat saya sama, kita akan melihat agenda yang serupa. Namun cuba kita sekilas imbas teman-teman kita, dengan rasa terkejut serta "cultural shock" nya mahasiswa, kita mendapati mereka hanyut dan lalai dalam lembah kemaksiatan, parca-perba masalah sosial yang perlu dibendung, dididik dengan hikmah, serta menyemai kasih saudara yang kuat untuk kita sama-sama membenteras gelodak ini. Kita harus pupuk walaupun dengan memeberi w/pun sedikit nasihat kepada mereka dan istiqamah untuk melunturkannya.

Fiqh ibadah juga mengajar serta mendalami perkara-perkara berkaitan dengan fiqah yang dibincangkan bersama-sama dengan ustaz yang isunya umpama 3 hari 3 malam pasti tak akan habis untuk mengupas hal-hal yang berkaitan. Banyak situasi yang telah dibangkitkan dan untung rasanya berada dalam kelompok tersebut dalam mendalami sedikit sebanyak ilmu fiqh

Banyak lagi yang boleh dikupas dalam program Tamrin Jundiy ini, umpamanya memugar Budaya ilmu yang mengajak kita untuk membawa buku ke mana-mana, sebagai usaha pertama untuk kita berminta untuk membaca dan paling penting adalah berguru. kerana dengan berguru, insyaallah, nntinya guru lah antara penyumbang syafaat kepada muridnya.

Namun, cukup sekadar bibit-bibit intipati ini yang mampu dicoretkan dalam post saya kali ini, Insya Allah, dalam kelapanagan masa yang ada nnti, saya akan berusaha menulis pelbagai lagi isu-isu lain yang boleh dikupas serta dikongsi bersama kepada antum2. sekian sahaja. akhirul kalam.. assalamualaikum w.b.t

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DAN BEREBUT-REBUT MENGERJAKAN AMAL-IBADAH DALAM BULAN RAMADHAN INI.

p/s: InsyaAllah. kalu ada gambar, saya akan "muat naik" nnti.. syokran.

22 tanda hari kiamat semakin hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah


REF : .http://azlina.wordpress.com/2005/04/12/22-tanda-hari-kiamat-semakin-hampir/

Bagaimana Ramadhan Bulan Rahmat???

Bulan Ramadhan benar-benar memberikan pulangan yang besar dan ibarat pasar untuk dagangan ke akhirat. Ditamsilkan juga seperti tanah yang subur untuk bercucuk tanam menuju ke sana. Perbuatan yang hidup dan cergas di dalam bulan ini dikiaskan seperti hujan April yang turun pada musim bunga. Bulan ini juga merupakan festival yang amat mulia bagi orang-orang yang mengabdikan diri kepada tuhannya. (The Risale-i Nur Collection, Letters, The Twenty-Ninth Letter).

Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.

Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.

Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.

Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.

Di dalam kalimat yang lain, Bediuzzaman Said Nursi menerangkan bagaimana semua pancaindera orang berpuasa beralih arah dalam pengabdian:

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan menjadikan semua pancaindera dan organ seperti mata, telinga, hati, dan fikiran turut sama berpuasa bersama-sama perut. Dengan ini akan mengelakkannya dari melakukan perkara yang sia-sia dan mendorongnya melakukan amalan pengabdian.

Salah satu hikmah dari berpuasa ialah membolehkan seseorang itu menzahirkan kesyukuran di atas segala rahmat yang Allah limpahkan. Musibatlah bagi mereka yang menggunakan sewenangnya rahmat Allah tetapi tidak tahu untuk berterima kasih pada yang memberi. Bagi mereka semua rahmat ini merupakan hak yang memang patut diterimanya. Allah banyak menyarankan kepada hamba-Nya di dalam Al-Quran supaya sentiasa bersyukur di atas rahmat yang dikurnai-Nya. Allah juga berjanji akan melipatgandakan rahmat bagi mereka yang bersyukur.

Orang yang berpuasa juga akan dilindungi Allah dari segala hasutan syaitan untuk melupakan manusia dari bersyukur. Mereka yang tidak pernah merenung untuk berfikir berapa banyak kurniaan yang telah Allah turunkan akan mula mengucapkan syukur berulang kali di atas segala peluang dan kesihatan yang dikecapinya. Bediuzzaman Said Nursi megatakan bahawa berpuasa di bulan Ramadhan adalah "kunci kepada kebenaran, keikhlasan, kemuncak dan kesejagatan syukur".

Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah. Segala desakan nafsunya menjadi lemah dan kesombongannya bertukar luntur. Memetik dari buku Bediuzzaman Said Nursi:

Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa naluri seseorang. Dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang. Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi adalah hamba. Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan, tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan ke dalam air.

Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.

REF : http://www.harunyahya.com/malaysian/artikel/ramadan.php

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak


(gambar ini sebagai hiasan semata-mata..heheheh..kedak iklan kat kropok jak..)

Ramadhan Yang Ku Rindui.....Allahu akbar 3x..

Assalamualaikum w.b.t Ya Allah, Ramadhan yang ku rindui...kini semakin menjengah. Betapa kini aku benar2 mengerti maksud sebenar rindukan Ramadhan. Hati kecil ini cuba untuk membisikkan kepada teman2 ku, insan2 sekeliling ku,, betapa aku ingin meluahkan rasa syukur tak terhingga, untuk aku katakan rindunya aku pada Ramadhan..Subhanallah.

“Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.”

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Sungguh, buat semua sahabat2ku mahupun rakan taulan, rebutlah tarbiyyah pada bulan yang penuh barakah, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Perbaikilah akhlak kita, tingkatkan amalan kita dan sentiasa iqtiqamah dalam melaksanakan amal kebaikan.

Andai harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya, Jika seluruh umur adalah dosa, maka taqwa dan taubatlah ubatnya, Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhanlah pemutihnya. Andai amal dirasakan kurang, tarbiyyah dan istiqamah bermulanya tiba Jika khilaf pernah terjadi, mohon agar diampuni segalanya Sungguh Ramadhan yang kurindui pasti mendidik aku yang kerdil ini... amin...

Rebutlah peluang yang yang hampir di depan mata ini, kerana Ramadhan mendatang belum pasti ki
ta bersua kembali. Ingat, posa jangan sik posa...!!! ya kewajipan kita sebagai seorang muslim..emmm..pa gik owhh..just nak madah..rindok juak ekk nangga pesta bazaar Ramadhan..mesti mcm2 ada dijual.. Tapi kena beringat,, walaupun syaitan dikurung time bulan pose, tapi nafsu pasti gik ngekot kita. jadi kawallah nafsu anda. Syukran2. akhir kalam, camat bpose....lalalalalala....... salam


Saturday, August 15, 2009

Forum : Di Mana Auratku ?


(persembahan nasyid menyerikan lagi majlis pada malam tersebut..)


(Persembahan nasyid...Kump Shoutul Ridhwan..)


(suasana damai dan tenang untuk berada dalam majlis ilmu spt ini..)


(sambutan dari pelajar amat menggalakkan....penuh dean kuliah...)

(Ustaz Ilyas selaku moderator, Ustaz Tamri panel 1. dan Ustaz Hasfa Panel 2...)
Assalamualaikum w.b.t

Agak lamak juakku x nulis rah blog towk..
wakaka..minggu tok mcm2 nak digago, yalah xbukk intenet pagik nak nulis rah blog..
ok2.. Sambil ya minggu tok naang banyak juak program yang dipolah. so, aku ringkaskan jak la.. ok..

13/Ogos/2009
Khamis

-sebelah malam ada bacaan Yassin dan solat hajat (mendoakan H1N1 reda)

14/Ogos/2009
Jumaat

-semasa solat Jumaat diadakan sekali bacaan Qunut Nazillah
-diselingkan solat Ghaib salah seorang lecture yang telah kembali ke rahmatullah
-al-fatihah buat nya..

-sebelah malam program forum "Di manakah Auratku? "
-panel jemputan dengan ialah Ustaz Hasfa Bakhry (JAKIM) dan Ustaz Tamri Amrin (HIKMAH)
-ahlijawatan kuasa mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran para tetamu dan para pelajar diatas sambutan yang amat menggalakkan.
-moga hadirnya kita dimajlis seumpamanya itu, dengan ikhlas. insyaAllah mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

Sunday, August 9, 2009

Penalti julang Chelsea

WEMBLEY, England - Chelsea merangkul kejuaraan pembuka tirai bola sepak England, Perisai Komuniti selepas menundukkan Manchester United menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 apabila masa penuh berakhir seri 2-2, semalam.

Ia merupakan kemenangan bermakna buat pengurus baru mereka, Carlo Ancelotti yang membimbing pasukan Blues itu dalam perlawanan kompetitif pertamanya.

Perlawanan tradisi itu juga sekali gus membuka tirai musim baru England, namun ia berlangsung agak panas, terutama selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Nani meletakkan United di depan hanya 10 minit selepas perlawanan bermula, manakala Ricardo Carvalho menyamakan kedudukan pada minit ke-52.

Ketika kedudukan terikat 1-1, pemain United, Patrice Evra terbaring di atas padang selepas dikasari Michael Ballack, dan ketika itu pemain tengah Chelsea, Frank Lampard merembat bola untuk kedudukan 2-1.

Jaringan tersebut mencetus kemarahan pemain-pemain United, namun pada ketika permainan hampir ditamatkan, Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan 2-2, biarpun ulang tayang televisyen menunjukkan dia berada pada posisi ofsaid.

Bayangan awal kekalahan United muncul selepas sepakan penalti pertama yang diambil Ryan Giggs diselamatkan penjaga gol, Peter Cech, yang turut mudah menepis sepakan lemah Evra.

Chelsea mengesahkan kemenangan mereka menerusi sepakan terakhir yang disempurnakan oleh Salomon Kalou. - AP

H1N1-kematian terus meningkat/skul ditutup

H1N1: Lapan lagi mati

  • JUMLAH korban akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan lapan lagi kematian direkodkan semalam.

    Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 kes sehingga kini.

  • Jadual peperiksaan utama yang bakal diduduki pelajar hujung tahun ini kekal.
  • Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran yang diketuainya mempunyai pelan kontigensi untuk menangani perkara itu sekiranya jangkitan H1N1 tidak terbendung.
  • Semua masjid di seluruh negara digesa mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat akan datang bagi memohon negara diselamatkan daripada penularan wabak influenza A(H1N1).

KOTA KINABALU 9 Ogos – Jumlah korban akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan lapan lagi kematian direkodkan hari ini.

Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 kes sehingga kini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong lai berkata, tujuh kematian yang direkodkan berkenaan dilaporkan daripada golongan berisiko tinggi yang mempunyai penyakit lain.

Selain itu katanya, kes terbaru itu menyaksikan kes kematian pertama di Sabah melibatkan seorang lelaki warga emas dan seorang wanita.

“Satu kematian direkodkan pada 3 Ogos lalu, dua pada 5 Ogos, empat pada 6 Ogos dan satu kematian direkodkan semalam,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Sabah, Dr. Marzukhi Md. Isa dan Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr. Razak Tambi.

Menurut Tiong Lai, kes kematian di Sabah turut membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun yang mengalami masalah obesiti.

Katanya, mangsa dimasukkan ke Hospital Ranau pada 1 Ogos lalu kerana mengalami demam dan batuk selama empat hari, sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.

Beliau memberitahu, mangsa yang mengalami jangkitan paru-paru dan kegagalan jantung hanya disahkan menghidap wabak H1N1 pada 7 Ogos lalu.

“Kes kematian lain di Sabah adalah melibatkan lelaki berusia 74 tahun yang menghidapi penyakit jantung kronik yang dimasukkan ke HQE pada 3 Ogos yang mempunyai sejarah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam satu hari sebelum meninggal dunia pada 6 Ogos lalu,” katanya.

Tiong Lai berkata, pada masa ini seramai 62 mangsa H1N1 sedang mendapatkan rawatan di hospital dan 13 lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),

Jelasnya, selain itu lima lagi pesakit yang disyaki menghidap H1N1 turut ditahan di ICU bagi menunggu keputusan ujian.

Sementara itu katanya, pada masa ini sebanyak 402 kes direkodkan di Sabah dengan tujuh mangsa masih ditahan di hospital termasuk seorang di ICU dan tujuh lagi kes ILI yang masih menunggu keputusan ujian.

Tambahnya, sehingga hari ini juga sebanyak 35 sekolah di Sabah ditutup akibat wabak itu.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Kursus Pengurusan Organisasi 2009


(sesi penerangan Akta dan kontrak sosial serta isu-isu berkaitan..)


(emm..haha...gambar tak clear lak...)


(sesi bersama President2 club....test sora lok..katanya..heheh)

Assalamualaikum wbt..dan salam sejahtera pada all kwn2 ku..

Emm.. dari 8-9 h/bulan Og0s tek..(bruk jak lepas) telah berlansung nya program yang disebutkan diatas.. Aku mewakili Jabatan Pertahanan Awam..sekaligus S/U JPMQ (Masjid Al-Quwariyyin) dan bersama rakan SFROST (Science Frontiers).. kursus seumpamanya ini memang memberikan banyak input untuk kami cernakan dan membantu kami dalam melancarkan program serta aktiviti yang berlansung dalam jangka setahun ini. Malah, kami yang hadir menggalas harapan semua pihak untuk menggerakkan serta memajukan dan menyuburkan kleab/persatuan kami. Memang byk yg telah kami perolehi.

Sabtu (8/8/2009)


sesi pagi
-taklimat "The Character Of Leader"..disampaikan oleh TPHEP...mengupas segala yang berkaitan dengan kepimpinan.


sesi pagi 2
-taklimat "Mahasiswa Generasi Pewaris"..bersama En Fardhilah..membongkor rahsia perlaksaan menjadi pemimpin dan pelajar serta tanggungjawab lain.. kami yag hadir tak kering gusi dari awal bicara sehingga tamat sesinya..\fuhhh power tol atrract audiences..


sesi petang-taklimat "Pengurusan Kewangan".disampaikan oleh bendahari MPP..saudara Paul.. leh tahan juak bagi talk..aice ceh.. eheh

Ahad (9/8/2009)


sesi pagi
-taklimat "Akta-akta", "kontrak sosial" dan yang berkaitan.. oleh Sarjan Marzuki...emm..so karang kami tau la..menda yang bulih..and tak buliuh...


sesi pagi 2
- taklimat "Perancangan dan Menyediakan Proposal" oleh Exxecutive emm..ape ahh..
lupe lak. ehehe.. best gak.. tau cara2 melaksanakan nya kang..

sesi t.hari- PENUTUPAN..oleh YDP saudara Fitri.. kami mendegar amanat serta berkongsi suka duka menjadi pimpinan bersama kami yang juga pemimpin yang lain. so..ok la aku gtaw takat nie.. everything well done.. nak ucap thanks to all..huhu. penat nak taip semua appriciation nieh.. hehe.. but just love you all. haha salam.

"Jadilah pemimpin yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, malah kepimpinan Rasulullah saw adalah pimpinan yang terunggul semasa hayatnya. Ikhtiar untuk menjadikan baginda role model kepimpinan kita.. syukran.."

Tuesday, August 4, 2009

JOm Cemerlang SPM-SMK SEBUYAU


(perjalanan menuju ke Sebuyau..dari Kuching perlu menggunakan 2 buah Feri..ini pengkalan feri di Sg. Bulu..30minit menuju ke Sebuyau..adventures ehhh)


(pengenalan Program Jom Cemerlang SPM-PERKEPIS.Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak)


(Aktiviti pelajar Non-Muslim: Ekspressi Kendiri dan menjalin ukhwah bersaudara)


(Modul Pembangunan INsan: Sebidang Tanah..)


(rehlah minda dan fizikal...Senam Mee KeeTaw, Roti Canai n Teh Tarik.)


(Surau SMK Sebuyau..)


(keindahan Bukit Ruai, menggamit semula memori disini...)


(semasa majlis penutupan, pelajar Ting.5 SMK Sebuyau 2009)
KEmbali semula ke Bumi Sebuyo....

Assalamualaikum w.b.t buat semua...
Maaf kerna agak lewat untuk kmk mencoret kisah di Seboyo 2-3 ari lepas. okla.. kmk direct to the point.. Seperti biasanya ketika dalam persediaan menjelang PMR mahupun SPM , PERKEPIS pasti menjadi wadah kursus motivasi baik di sekitar kuching mahupun kawasan-kawasan yang mampu dicapai oleh kami.

Dipendekkan cerita. untuk masa yang tedekat ini, kmk just dapat meluangkan masa bersama PERKEPiS menjalankan sebar dakwah melalui methodologinya yang tersendiri mendekati pelajar-pelajar Sarawak, mahupun masyarakat sekitarnya.

EMm..mun dikira, bruk 3 skul jak apat kmk ekot kali tok,, iaitu MRSM Kuching, Kolej DPAHA Kuching, dan SMK Sebuyau... Yang lainnya, kmk terpaksa mengundur diri dek kerana ada urusan peribadi yang diuruskan.

Disini, kmk just dpt cita psal program yang bruk dijayakan rah Seboyo... Sekilas gambar-gambar akan kmk uplod lepas tok..gik carik kabel camera.. Rindukan Bukit Ruai.serta jengah dingin suasana di SeBoyo... sekitar kwsan SMK Sebuyau kini dalam proses mengindahkan kwsan sekitarnya..apabila taman2 mula ditambah bykkan, jalan raya (simen) dipasang sekitar menuju ke flat guru-guru disana.. Ini pastinya menambahkan keselesaan warga Seboyo.. hahh..sik dilupakkan..wireless pun ada di Seboyo..Grannnn jak..
ehehe

Sepintas buat adik-adikku disana., sungguh cepat masa berlalu, hingga akhirnya program kita tamat jua akhirnya. Apa yang diharapkan agar adik-adik disana tabah serta tekun untuk mendepani SPM yg bakal menjelang. Moga kejayaan milik anda semua.

Sisipan sekaligus buat semua adik-adik di MRSM Kuching, Kolej DPAHA, dan SMK Sebuyau... rindukan kalian semua..MOga hadirnya PMR dan SPM ini meransang adik-adik untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang cemerlang. Malah bukan itu sahaja, besar harapan kami (PERKEPIS) agar pembangunan insan jua tetap berpasak kukuh dalam diri setiap individu.sunnguh Islam itu jalan yang suci dan indah, moga jalan dakwah ini senantiasa mampu ku pikul, jua lahirnya pula tunas mekar adik-adik..Amin.
(gambar-gambar sedang di upload)

Saudara Baru Molek ditukar ke Saudara kita

Saudara kita istilah lebih sesuai

Oleh Hazirah Che Sab
zeehan@bharian.com.my




Konsep bantu-membantu Muhajirin dan Ansar perlu diterapkan bagi ringankan beban mualaf

ISLAM yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Jibrail tidak disangkal lagi adalah agama yang menolak sebarang bentuk diskriminasi, malah meletakkan penganutnya pada taraf sama tanpa mengira jantina, keturunan, status sosial atau gelaran.

Tempoh melakukan tanggungjawab sebagai Muslim juga bukan menjadi penentu amalan itu diterima, sebaliknya keikhlasan demi mengharapkan keredaan Allah.


Lantaran itu, tiada seorang pun boleh mendabik dada mengaku diri sendiri terbaik semata-mata bergelar Islam sejak lahir dan menganggap saudara baru perlu lebih banyak belajar, sedangkan hakikat yang terhidang di depan mata ketika ini ialah saudara baru lebih mendalami pemahaman mengenai Islam.

Istilah saudara baru, mualaf dan saudara Muslim selalu digunakan untuk merujuk orang bukan Islam yang baru memeluk Islam dan baru bertatih untuk memulakan penghidupan sebagai umat Muhammad.

Istimewanya mualaf ialah kerana mereka termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat dan sebaik mengucap dua kalimah syahadah, keadaan mereka seolah-olah bayi baru lahir yang suci dan bersih daripada dosa.

Sekumpulan saudara baru belajar asas al-Quran.

Namun persoalan yang timbul, lama manakah tempoh istilah itu wajar digunakan. Adakah relevan menggunakan istilah saudara baru atau mualaf untuk merujuk kepada mereka yang sudah berpuluh tahun memeluk Islam?

Ia mungkin kelihatan remeh tetapi penerimaan masyarakat sendiri terhadap golongan itu tidak mencerminkan ajaran Islam sebenar kerana saudara baru dianggap suka meminta-minta dan mengharapkan bantuan.

Islam sebaliknya menyuruh saudara baru ini dibantu dan diberi kemudahan untuk menjalani hidup sebagai orang Islam.

Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng @ Ann Abdullah, berkata istilah mualaf membawa makna dan pengertian yang cukup positif tetapi dalam masyarakat ia menjadi bahan lawak dan mengandungi konotasi kurang menyenangkan.

Menjaga kebajikan golongan mualaf menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam.

Penggunaan istilah mualaf, katanya, ia sepatutnya bersifat sementara tetapi dalam kebanyakan keadaan ia menjadi identiti kekal kepada golongan bukan Melayu yang memeluk Islam. Begitu juga dengan istilah saudara baru walaupun individu berkenaan sudah berpuluh-puluh tahun memeluk Islam.

Katanya, golongan yang asalnya bukan Islam kemudian memeluk Islam tidak sepatutnya dianggap sebagai kelompok terasing sehingga menyebabkan mereka berasa terpinggir atau dipinggirkan.

“Sebaliknya, kehadiran mereka perlu diterima dengan hati terbuka dan rasa gembira oleh umat Islam lain. Keturunan dan perbezaan latar belakang tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk meletakkan mereka dalam kelas tersendiri.

“Umat Islam perlu memberikan sokongan untuk membantu saudara baru membina keyakinan dan kekuatan diri untuk menghadapi cabaran hidup yang jauh berbeza daripada kehidupan terdahulu. “Pandangan serong terhadap mereka yang baru memeluk Islam menyebabkan mereka berasa kehadiran tidak diperlukan dan dialu-alukan. Sedangkan dalam Islam, tidak sepatutnya wujud perbezaan antara baru atau lama, siapakah ibu bapa dan asalnya.

“Semua itu tidak menjadi penilaian untuk menentukan siapa lebih baik kerana kayu pengukur keislaman seseorang ialah akhlak, iman dan takwa,” katanya.

Ann berkata, mungkin istilah saudara kita dapat memberikan status lebih jelas kepada golongan berkenaan. Malah, ia boleh dianggap satu pengiktirafan kepada golongan berkenaan untuk diterima menjadi sebahagian umat Islam.

“Bagaimanapun, ia tidak begitu diterima oleh kalangan saudara lama atau orang Melayu berikutan masih wujud perasaan ‘perkauman’, cauvinistik dan etnosentrik yang kuat. Ini menyebabkan bukan saja berlaku pengasingan tetapi penolakan terhadap kaum lain untuk diterima sebagai sebahagian umat Islam,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Kajian Hadis Selangor, Mohd Farid Ravi Abdullah, berkata pelbagai cabaran perlu dihadapi saudara Muslim yang serba serbi baru, termasuk nama, gaya hidup dan persekitaran.

Bagaimanapun, tegasnya, cabaran berkenaan sebenarnya mematangkan golongan itu untuk menjadi Muslim yang baik dan paling penting ialah memahami cabaran dan punca serta cara mengatasinya.

“Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sendiri, saya dapat simpulkan antara cabaran terbesar dihadapi saudara Muslim datangnya daripada anggota keluarga sendiri. Paling ringan ialah menghalau anggota keluarga yang memeluk Islam tetapi ugutan paling sukar dihadapi saudara Muslim ialah ibu atau ayah mengancam membunuh diri jika si anak terus kekal dengan Islam.

“Punca kepada permasalahan ini ialah salah faham orang yang tidak memahami keharmonian yang diterapkan Islam dan mungkin juga ketandusan contoh baik di kalangan orang Islam sendiri. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana tidak faham Islam dan kita juga sepatutnya berasa bersalah kerana gagal mempromosikan Islam yang sebenarnya,” kata Muhammad Farid.

Beliau turut kesal dengan sikap sesetengah orang yang tidak mengendahkan kewujudan saudara Muslim.

Katanya, golongan itu perlu dilihat sebagai puak Muhajirin, manakala masyarakat Melayu Muslim sebagai Ansar.

“Ia bukan sekadar gelaran semata-mata tetapi perlu dijelmakan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Keistimewaan kekal untuk mualaf

ISTILAH mualaf dikekalkan bagi memastikan saudara baru Muslim mendapat keistimewaan dari segi undang-undang syariah.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Nordin Samah, berkata Majlis Fatwa sudah mengeluarkan fatwa supaya istilah mualaf dikekalkan bagi memastikan saudara baru dapat keistimewaan seperti zakat, sedekah dan Baitulmal sampai bila-bila

Bagaimanapun, katanya Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan sudah memutuskan pada 2005 bahawa dalam Islam tiada sebarang nas yang mewajibkan seseorang yang baru memeluk agama Islam dipanggil mualaf.

“Mualaf bermakna orang yang lembut hatinya menerima Islam. Bagaimanapun, ia cuma untuk urusan rasmi kerana secara umum kita menggunakan istilah saudara Muslim untuk menggambarkan golongan mualaf,” katanya.

Mohd Nordin berkata, istilah mualaf itu dikekalkan kerana ia terdapat dalam enakmen negeri dan jika mahu istilah itu ditukar, ia akan membabitkan pindaan enakmen itu.

“Sebutan dan had tempoh panggilan mualaf ini lebih bersifat urf semata-mata. Namun ada sesetengah negeri seperti Selangor yang mengehadkan istilah mualaf sehingga lima tahun selepas memeluk Islam,” katanya.

Ditanya mengenai gelaran mualaf atau saudara baru menjadikan golongan itu dipandang negatif terutama orang Melayu, Mohd Nordin berkata, orang Melayu sekarang kini lebih terbuka menerima saudara Muslim.

“Peningkatan saudara Muslim saban tahun menyaksikan masyarakat Melayu sudah menerima kehadiran golongan itu sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng @ Ann Abdullah turut menggariskan beberapa cabaran yang perlu dihadapi saudara Muslim di Malaysia dalam usaha meningkatkan kedudukan dan masa depan mereka.

Antaranya ialah mengubah persepsi terhadap saudara Muslim yang sekian lama dianggap golongan bermasalah dan suka meminta-minta serta mengharapkan bantuan.

Dalam Islam, katanya, orang susah memang perlu dibantu dan dijaga kebajikannya tetapi saudara Muslim juga perlu berusaha untuk keluar daripada belenggu masalah dengan memperbaiki kedudukan dan masa depan mereka.

“Mereka perlu mempunyai kekuatan dan kesungguhan untuk menjadi seorang insan yang lebih baik selepas memeluk Islam.

“Cabaran seterusnya ialah menjadi Muslim selepas Islam. Ada pelbagai faktor mendorong seseorang itu memeluk Islam. Dalam masyarakat, saudara Muslim sering dicap, dilabel dan dikatakan memeluk Islam untuk berkahwin, mencari kesempatan, mendapatkan kemudahan dan melarikan diri daripada masalah.

“Anggapan itu tidak betul dan menjadi tanggungjawab saudara Muslim membetulkan tanggapan serong itu dengan menanam azam menjadi Muslim yang baik dan teladan kepada Muslim lain walaupun memeluk Islam atas sebab yang disebutkan,” katanya.

Ann turut menekankan kepentingan niat yang jelas memainkan peranan penting dalam kehidupan umat Islam.

Bagi menghapuskan semua prasangka terhadap golongan saudara Muslim, mereka perlu menunjukkan niat yang betul bila dan selepas memeluk Islam.

“Perlu ada keikhlasan untuk menjalani kehidupan serba baru kerana yang penting ialah kesediaan menerima cara hidup baru dan mengubah tabiat lama yang bertentangan dengan Islam.

“Saudara Muslim juga tidak perlu berasa rendah diri, apatah lagi mempunyai anggapan negatif terhadap kedudukan dan statusnya. Pedulikan pandangan dan kata orang kerana yang penting ialah apa Islam kata dan yang diperoleh selepas menjadi Muslim,” katanya.

Info

Hak Mualaf

Moral


  • Dijaga kebajikan dari segi rohani iaitu menjaga akidah

    Sosial

  • Dijaga penghormatan dan kebajikan iaitu memberi panduan menjadikan mualaf sebagai anggota masyarakat yang berguna.

  • Babitkan mereka dalam aktiviti kemasyarakatan

  • Menerima saudara baru seperti saudara sendiri

  • RUJ : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090802132034/Article