BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 30, 2009

special pada 7 Ogos..

salam..tarikh bersejarah... pada 7 oGos tok..... pada jam 12:34:56 07/08/09 ...iaitu 123456789...akan berlaku sekali seumo hidup anda.. be the first to tell to ur friends...

Wednesday, July 29, 2009

Kembalinya "seorg sahabat"


(jasad masok ke lubang kubur..huhuhu)sekian...


(si penggali kubur..mayat jenazah..disemadi.pada mlm itu juga..)


(nyawa mieoow..tak dpt diselamatkan...)


(mieoow..diberi cucu...mok berik tenaga....)


ketika mieeoow sedang dalam WAD kecemasan....

Sesungguhnya ajal maut, jodoh pertemuan telah dijanjikan Allah..... Kita yang masih hidup harus meneruskan kehidupan membaiki kesilapan dan banyakkan beramal.. sekian...

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Liga Juara-Juara Eropah

Shakhtar Donetsk (UKR) 2 - FC Timisoara (ROM) 2

Celtic (SCO) 0 - Dynamo Moscow (RUS) 1

FC Salzburg (AUT) 1 - Dinamo Zagreb (CRO) 1

Slovan Bratislava (SVK) 0 - Olympiakos (GRE) 2

FC Zurich (SUI) 2 - Maribor (SLO) 3

Apoel Nicosia (CYP) 2 - Partizan Belgrade (SRB) 0

Sheriff (MDA) 0 - Slavia Prague (CZE) 0

Ventspils (LAT) 1 - BATE Borisov (BLR) 0

Levadia Tallinn (EST) 0 - Debrecen (HUN) 1

FC Copenhagen (DEN) 3 - Stabaek (NOR) 1

Sporting Lisbon (POR) 0 - FC Twente (NED) 0

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090730081357/Article/

Mayat Jacko

lAPORAN POST MORTEM JACKO KUAR MGGU DEPAN...


LOS ANGELES: Laporan hasil bedah siasat mayat Michael Jackson ditangguhkan sehingga minggu depan, menurut penolong ketua Koroner Daerah Los Angeles, Ed Winter, hari ini.

Sebelum ini Pejabat Koroner Los Angeles berkata, laporan bedah siasat terhadap mayat raja pop itu akan dikeluarkan esok (Jumaat) selepas spekulasi merebak bahawa kematian Michael berpunca daripada pengambilan dadah berlebiham.

Bagaimanapun, hari ini Winter berkata, keputusan itu hanya akan dikeluarkan minggu depan selepas laporan lengkap toksikologi diperoleh.


Winter berkata, penangguhan itu juga disebabkan Pejabat Koroner mengeluarkan sapina baru untuk mendapatkan rekod kesihatan Michael daripada pakar bedah plastik, Lawrence Koplin di Beverly Hills.

“Saya mengeluarkan sapina tengah hari semalam untuk memperoleh rekod perubatan Michael dan doktor terbabit memberi kerjasama," katanya.

Kelmarin, polis menggeledah rumah dan pejabat doktor peribadi Michael, Conrad Murray, di Las Vegas selepas Murray kini menjadi tumpuan siasatan bagi mengetahui punca kematian penyanyi itu, bulan lalu. - AFP

Tuesday, July 28, 2009

Ronaldo akhirnya menemui sentuhan gol



Ronaldo akhirnya menemui sentuhan gol


MADRID: Pemain paling termahal di dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya menyumbang gol pertama untuk kelabnya, Real Madrid apabila mengalahkan kelab dari Ecuador, Liga de Quito 4-2 dalam perlawanan Piala Keamanan di sini, awal pagi tadi.

Penyerang Portugal berusia 23 tahun itu yang menikmati bayaran termahal 94 juta Euro apabila menyertai Real dan meninggalkan Manchester United - berjaya menyempurnakan penalti pada minit ke-48.

Kemenangan Real itu membolehkan ia melangkah ke separuh akhir Jumaat ini menentang kelab Itali, Juventus.


Bagaimanapun, pemain Real yang lebih menyinar ialah Esteban Granero atau dikenali El Pirata atau "Lanun", yang dibeli daripada Getafe.

Dia mencuri tumpuan apabila dengan menyumbang satu gol dan membantu satu lagi gol menerusi pertahanan antarabangsa Jerman,

Christoph Metzelder.

Sebelum ini, Ronaldo gagal menyinar serta menyumbang sebarnag gol dalam beberapa perlawanan persahabatan bersama kelab barunya itu termasuk ketika Real menentang kelab Ireland, Shamrock Rovers.

Meskipun menang, pemain Real yang menyinar ketika perlawanan itu ialah Karim Benzema yang menyumbang gol tunggal Real. - AFP

(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090729082150/Article)

Obama lahir di Malaysia

salam..

hehehe..betol ke tajuk atas tuh.em, kalu yang kurang membaca mesti akan fikir cerita itu betol, tapi yang sebenarnya..hah nak tau.. ikuti kisah selanjutnya kat berita Utusan Malaysia nie..

Obama lahir di Hawaii

HONOLULU 28 Julai - Pegawai kerajaan di Hawaii berkata, mereka telah memeriksa dan mengesahkan bahawa Presiden Barack Obama dilahirkan di Hawaii dan merupakan rakyat kelahiran Amerika Syarikat (AS), justeru memenuhi keperluan Perlembagaan sebagai Presiden.

Pengarah Kesihatan, Dr. Chiyome Fukino berharap kenyataan pihaknya itu dapat menghentikan desas desus mengenai tempat kelahiran Obama yang didakwa dilahirkan di Kenya, sekali gus menyebabkan beliau tidak layak menjadi Presiden AS.

"Saya telah melihat rekod asal yang disimpan di dalam fail Jabatan Kesihatan negeri Hawaii yang mengesahkan Barack Hussein Obama lahir di Hawaii dan warga negara kelahiran Amerika," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

"Tiada apa lagi yang dapat saya tambah dalam kenyataan ini atau kenyataan asal yang dikeluarkan pada Oktober 2008, lapan bulan lalu,'' ujarnya.

Kumpulan yang dikenali sebagai 'birthers' yang mendakwa Obama tidak layak menjadi Presiden kerana didakwa lahir di luar AS, kini menjadi semakin lantang ddalam blog-blog dan rancangan berita televisyen.

Fukino telah mengeluarkan kenyataan yang sama pada 31 Oktober lalu tetapi didorong untuk menyatakannya sekali lagi ekoran perhatian yang diterima mengenai tempat kelahiran Obama.

Jabatan Kesihatan Hawaii kebelakangan ini dibanjiri dengan pelbagai soalan daripada individu dan stesen berita TV kebangsaan bertanyakan bukti kelahiran Obama di Hawaii.

"Mereka terus menerus bertanya," kata jurucakap jabatan, Janice Okubo.

Perlembagaan menetapkan bahawa seseorang mesti warga negara yang lahir di AS untuk melayakkannya menjadi Presiden. - AP

(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0729&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm)

Sunday, July 26, 2009

Besor2x main hujan!!


(heheh..my meal for tonight...lalala...)


(mak bapak sedare... Wa ku tokk..)


(daus..makan..mamam....)


(hehe..nie kakak kazen aku...ngan mak wa...)

Assalamualikum and salam Satu Malaysia wat sahabat sekalian..
hehehe..
lamer gak aku tak tulis crite sendiri..salu cedok kat berite je..
so, aku luangkan sedikit mase untuk aku coret2 sikit citer kat blog nie..
meh ku wat ringkas2 sikit citer aku..

25/Julai/2009
HAHAHA...semalam aku ingat nak wat arr assigment..hehe..rajin plak ari sabtu..tapi pastuh..
sioot punyer angkara..
ku pie main lak one whole day..
hehe..takpe la..
aku rase nak main satu hari tuh..bior lerr...leh gak survey2 masalah umat..wakaka....(ia ke..masalah sendiri tuh..haha)
ade arr saye chat ngan kawan..cian die..nak gie bandor..kos mak die kirim barang..discuss punye discuss...die gie bndar ngan kawan die..
hehe..mak dia kirim durian..nak jugakk..mammmm..

malam tuh aku gie chat gie..pendatang baru...yang dah lamee..hehe..kazen aku..
lame gak tak ym ngan die..huhu..kite mintak die blnje...huahua...pie makan..
lala..nnti die janji ajak kite kuar..emm...mlm tuh ade gak aku kuar sekejap....survey masalah umat lagi.. ape ekk masalah nya??? inSyaAllah..saye akan wat analisis dlu..sebelom wat artikel sohih.. InsyaAllah..
cume nak ingat kan,.masalah umat sekarang...memang dah makin parah..senang je detect..amar makruf nahi mungkar ade ke yang wat cmtuh??? tepuk dada..tanya selera.. "ya Allah,... Engkau Maha Kuasa. jagalah hati hambamu, keluarga2, sahabat2, seluruh muslimin dan muslimat, serta segenap pelusuk makhluk Mu....selawat dan salam ke atas junjungan Nabi S.A.W..." amin...

26/Julai/2009
one whole day nie..aku main ngan daus jer..member aku dlm bilik lak awal2 gie usha kat JOM HEBOH..kat Kuching..aku pesan kat depa..hampa gie sana nnti..amik gmbor byk2..aku nak letak dlm blog..wakaka..jadi wartawan bergerak lak depa kat lokasi kejadian..heheh..
em skunk..kol 10. 20 mlm dah...diorg tak balik gie???
oiitt..cepat arr balik..boring dok perap dlm bilk..

ehh..
ea ke??hahha..tadi aku gie kuar kat warung..jalan-jalan carik makan..
hehe..
mule2 nya..kami nak makan kat cafe..haha..sekali tuh..daus pakai pelikat je..ngn bju tshirt arr..
lepas maghrib tuh..ingat nak makan kat situ..tapi..die ckp "segan arr nak makan..aku pakai pelikat je..."......emm..sekalli tuh,,,kami dua gelak je..pastu..seperti biasa..kami wat tesis.. emm.. daus cakap.."aku pakai pelikat yang tutup aurat nie..lagi malu nak masok dalam cafe..camner ekk..pompuan yang hampir tak pakai baju tuh..tak malu dok dedah die punye??" ..huuhu..
sama2 kita fikirkan..mungkin kite perasan kat org lain yang buat cmtuh..tapi kalu kite sendiri wat???? sama-samalah jaga akhlak kita... Allah know better!!!

pesal lak title aku "besor2 main hujan"..hahahah..tadi balik warung kami balik dlm keadaan hujan..
dengan lagak yang poyo nye...kami melangkah slumber yaya je..redah hujan..
hehhe...
aku tak tahan..amik aiyakk panas wat mandi..hehehe...
ok la..
nnti ade citer aku letak agie..
Assalamualaikum..

Saturday, July 25, 2009

Yasmin Ahmad dalam kenangan


Yasmin Ahmad

KUALA LUMPUR: Yasmin Ahmad, yang meninggal dunia malam tadi akan dikenang kerana setiap sentuhan karyanya, baik dalam filem mahupun iklan, begitu sinonim dengan garapan yang penuh dengan elemen kasih sayang, cinta, kekeluargaan dan jenaka yang disampaikan cukup bersahaja berlatarbelakangkan masyarakat majmuk di negara ini.

Pengarah filem dan iklan terkenal itu, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara di sini kira-kira jam 11.25 malam selepas menjalani pembedahan pada Khamis lalu setelah diserang strok dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Dilahirkan di Bukit Treh, Muar, Johor pada 1 Julai 1958, Yasmin, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Newcastle, United Kingdom, memenangi pelbagai anugerah di dalam negara dan antarabangsa bagi karya-karya kreatifnya.

Isteri kepada Abdullah Tan Yew Leong itu memulakan kerjaya dalam industri pengiklanan sebagai penulis iklan di Ogilvy & Mather, sebelum menyertai firma Leo Burnett sebagai pengarah kreatif bersama pada 1993 sehinggalah memegang jawatan sebagai pengarah kreatif eksekutif di Leo Burnett kini.

Kehebatan Yasmin dapat dilihat dalam banyak iklan komersial Petronas kerana mampu mencuit dan meruntun hati penonton dengan sentuhan karyanya.

Tidak keterlaluan sekiranya ramai yang akan merindui buah tangan pengarah kreatif itu terutamanya untuk iklan-iklan menjelang sambutan Hari Raya Aidlfitri September ini.

Sering dipuji sebagai pengarah iklan, nama Yasmin bagaimanapun cukup kontroversi di arena pefileman tanah air berdasarkan keterbukaan dan keberaniannya dalam mengupas isu-isu kemasyarakatan.

Malah tidak sah jika filem nukilan Yasmin tidak dikritik kerana sejak filem pertamanya Rabun pada 2003, filem-filem lain arahan Yasmin iaitu Sepet (2004), Gubra (2006), Mukhsin (2006), Muallaf (2008) dan Talentime (2009), turut menerima nasib sama.

Bagaimanapun, di sebalik kritikan, masih ada yang menilai filem-filem Yasmin dari sudut berbeza sehingga beberapa filem beliau termasuk Sepet diangkat untuk memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakon Layar Asli Terbaik pada Pesta Filem Malaysia 2005.

Filem Sepet juga memenangi anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Anugerah Filem Asia di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo pada 2005 dan meraih Anugerah Grand Prix di Pesta Filem Wanita Antarabangsa Creteil pada 2005.

Filem Gubra pula memenangi Anugerah Filem Terbaik dan Lakonlayar Terbaik di Pesta Filem Malaysia 2006. Filem Muhsin mencatat kejayaan dengan mengungguli Generasi kplus - Filem Cereka Terbaik dan Deutsches Kinderhilfswerk Grand Prix di Pesta Filem Antarabangsa Berlin selain diangkat sebagai Filem Asean Terbaik di Pesta Filem Antarabangsa Cinemanila 2007. Filem Muallaf pula memenangi Anugerah Filem Asia - Sebutan Khas di Pesta Filem Antarabangsa Tokyo 2008. Selain memenangi anugerah antarabangsa, filem arahan Yasmin banyak menerima pujian dan kritikan daripada masyarakat serta mendapat liputan media tempatan dan luar negara yang meluas. Filem-filem Yasmin juga mendapat pengiktirafan dari negara luar apabila ditayangkan di Berlin, San Francisco, Singapura dan di Festival Filem Cannes yang memberi peluang kepada Yasmin untuk terus menghasilkan filem yang dikatakan mempunyai identiti tersendiri. - Bernama

layari cerita penuh disini: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090726104609/Article

P/s: ini sekadar artikel makluman sahaja. Al-fatihah buat saudara muslim kita. bukan berniat untuk mengangkat darjatnya sama sekali..

Friday, July 24, 2009

Angkasawan selesai misi keempat berjalan di angkasa

Angkasawan selesai misi keempat berjalan di angkasa


WASHINGTON: Dua angkasawan Endeavour menyelesaikan misi keempat 'berjalan di ruang angkasa' di luar Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dengan salah satu misi terpaksa ditamatkan lebih awal.

Angkasawan Tom Marshburn dan Chris Cassidy berjaya balik ke ISS jam 2106 GMT, selepas memasang bateri baru di salah satu daripada empat panel solar yang menjana kuasa ISS yang terletak 350 kilometer dari bumi.

Nasa berkata, angkasawan berkenaan memasang enam bateri baru dengan bateri lama akan disimpan di bahagian kargo kapal angkasa


Endeavour, lewat hari ini.

Rabu lalu, Nasa mengarahkan angkasawan yang keluar di orbit balik 30 minit lebih awal selepas mendapati pakaian khas mereka tidak berfungsi dengan baik.

Ini kerana pakaian khas Cassidy...... layari maklumat penuh di sini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Mutakhir/20090725102046/Article/index_html

Thursday, July 23, 2009

Pemilihan saf kepimpinan baru tertaklif!!!


(muslimah...photoshoot jarak jauh..)


(Faezul..Adika..Amir...)

Assalamualaikum w.b.t..

selepas solat isya tadi telah dijalankan pemilihan baru saff kepimpinan masjid.. senarai ringkas ahlijawatankuasa akan saya tampilkan dibawah.. namun akan di kemaskini sedikit masa lagi syukran. Tahniah kepada yang diamanahkan. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang turut mengundi saya.."sesungguhnya, saya budak masih belajar, sama-sama lah kita untuk bantu-membantu antara satu sama lain"

Pengerusi: Saudara Hafizie
Timb. Peng: -muslimah-
Setiausaha Agong: saya sendiri......
Timb S/U: -muslimah-
Lujnah Penerbitan: Saudara Naza
Lujnah Kebajikan : saudara Asfa
Lujnah Pengurusan Masjid: Saudara Amir
Lujnah Pembangunan Insan : Saudara Faezul...

3 keputusan Kabinet


PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi ketika Teoh Beng Hock disoal siasat, minggu lalu.

Pada masa sama, satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh, yang mencetuskan kontroversi kerana mendiang ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor beberapa jam selepas disoal siasat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kabinet pada mesyuaratnya semalam juga mengarahkan Kementerian Dalam Negeri serta polis menyelesaikan segera siasatan kes berkenaan dan laporannya akan diumumka


Pada sidang media di pejabatnya di sini, Najib menegaskan tiga keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian itu.


Teoh, 30, yang juga Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu, selepas memberi keterangan sebagai saksi dalam kes penyalahgunaan peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor.

Mendiang dipanggil ke pejabat........ berita selanjutnya... klik disini.. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20090722235840/Article

Tuesday, July 21, 2009

Gerhana Matahari abad ini


(khusuk...saudara Irwan mendenagr sesi forum..)


(dari kiri: Ust Azwan, Ust Abu Bakar dan Ust Anuar Zain...ehh salah...Ann Wan Seng...)


(lagak seorang penceramah...begitu bertenaga sekali menyampaikan hujah2...)


(Di IP Batu Lintang...menemui saud. Azlan Syah dan Zulzaimi x-SMKA Matang, dan saudari Suhana..sahabat perjuangan dalam landasan islam)


(kelihatan sahabat masjid mendengar dengan penuh perhatian)


(lawatan ustaz..menjejak generasi muda dikampus pada 21.7.2009)


Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan buat rakan sekalian..
Pada kali ini baru saya berkesempatan untuk mencoret sedikit perkara yang berlaku sekitar 2-3 hari ini.
Maaf la untuk hari2 sebelom ini xberpeluang untuk menge"pos"kan sebarang artikel ataupun sbgnya.

MUlanya saya nak kabarkan esok (22/7/2009) sekitar jam 8pagi akan berlakunya gerhana matahari yang dapat disaksikan oleh penduduk disekitar asia. Kejadian ini jarang berlaku dan mungkin kita hanya berpeluang sekali ini sahaja untuk meyaksikannya. Maka dengan ini kita juga digalakkan untuk menunaikan solat Gerhana. sebagai peringtan buat semua....

2 hari lepas saya pergi memenuhi undangan warga Institut Maktab Perguruan Batu Lintang Sempena sambutan Isra` Mikraj disana. Namun dalam kesempatan itu kami telah mendengar tazkirah daripada bekas pensyarah kampus kami. harap maaf, kurang pasti pulak namanya.

21 Julai pulak pada sebelah mlm kampus kami juga turut mengadakan forum Isra` Makraj di masjid. saya sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan semua. Banyak manfaat kalu kite gie dgr ceramah nie..apatah lagi yang mendidik rohani dan hati kita. Teringat akan seorang sahabat saya mengatakan, kalu tubuh badan kita memerlukan makanan,..hati kita juga seperti itu. Maka makanan rohani adalah pengisian hati yang bermanfaat ini. baik lah.


Sekilas pengerusi majlis dikendalikan oleh ustza Azwan, panel pertama Ust Abu Bakar, dan panel kedua oleh Ust Anuar Seng (seorang penceramah yang aktif, serta bersama dalam Persatuan Cina Muslim..kalu tak silap). Sejenak mengenali beliau, saya dapati ust ini seorang yang peramah. mungkin yang lain ingin menghubungi beliau. rakan2 sekalian boleh berhubung melalui emelnya. ok. emel: annws2001@yahoo.com

syukran

Sunday, July 19, 2009

Salam Isra` Mikraj buat tetamu yang dihormati


salam.. selamat Menyambut Isra Mikraj buat semua. Inilah salah satu detik bersejarah buat umat Nabi Muhammad s.a.w kerana pada ketika inilah Allah menyerahkan perintah bersolat terus kapada Rasul kita tanpa diwahyukan kepada malaikat. Inilah juga amalan yang pertama kali dihisab pada hari pembalasan nanti.. semoga semua kita sedar atas tanggungjawab kita. amin baikla, kepada sahabat-sahabat pengunjung blog yang dihormati, hehe..jadi lah follower kmk.. pasya.. klik kat box ijo ya..pa namanyakah.. hehe.. pat kmk tauk da yang dtg jenguk blog kmk tok. anyway.. salam ukhwah buat semua. kmk nak polah assigment. tata..Assalamualaikum..

Saturday, July 18, 2009

Selsema Babi (H1N1) sekolah saya disahkan positif

Rajin baca berita x???
kmk temu berita tok tek kat Utusan Online..
baca arrr....

10 pelajar SMK Sains Kuching positif <---salah eja SMS Kuching

KUCHING 18 Julai - Sepuluh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sains Matang, Kuching yang disyaki dijangkiti selesema babi atau influenza A (H1N1) kelmarin disahkan positif.

Kesemua kes berkenaan melibatkan penularan tempatan.

Dengan kes terbaru itu, jumlah keseluruhan kes selesema babi di Sarawak meningkat kepada 55 kes iaitu 23 merupakan kes import dan 32 lagi merupakan penularan tempatan.

Bilik Operasi Negeri dalam kenyataannya hari ini memberitahu, 32 pelajar di dua buah sekolah menengah di Limbang turut menjadi suspek selesema babi setelah wujud simptom jangkitan H1N1 di kalangan mereka.

"Kita telah mengambil sampel 17 pelajar SMK Patiambun dan 15 pelajar SMK Kubong hari ini untuk pemeriksaan," katanya.

Menurut kenyataan itu, berikutan terdapat suspek kes H1N1, dua buah sekolah berkenaan ditutup selama seminggu bermula semalam hingga 23 Julai ini.

Semalam, Sarawak mencatatkan lapan kes penularan tempatan selesema babi setelah pelajar di SMK Agama Limbang disahkan positif H1N1.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Dr. Julaihi Bujang ketika dihubungi Mingguan Malaysia berkata, pelajar-pelajar suspek selesema babi kini menjalani rawatan di asrama sekolah masing-masing.

Katanya, Jabatan Kesihatan negeri memutuskan supaya kesemua pelajar menjalani rawatan di sekolah sahaja.


p/s: moga penyakit towk dapat dikawal dari terus merebak..Nauzubillah..


Sambutan Isra` Mikraj



Yang Baik itu Dari Allah, yang Buruk Itu datang juga dariNYa..
Sungguh Allah Maha Berkuasa!!!


Semenjak awal pagi hari ini lagi aku dikejutkan dengan pelbagai berita. Misalnya kembalinya kerahmatullah ayahanda Ustaz Awg Pon. Al-Fatihah buatnya. Moga rohnya dicucuri rahmat. Kemudian aku gempak negar crita Sms Kuching ditutup kerana influenza H1N1.
MasyaAllah....
skulah ku kenak juak penyakit ya.. sepintas aku mendengar crita dari sumber-sumber tertentu mengatakan 10 pelajar SMs Kuching disahkan positif H1N1. satu lagi sekolah diLimbang. Eemmm itu baru yang itu baruk yang disyakki. Yang dah amik cuti sakit?? blom cek agik.
try pegi periksa dolok. Kmk harap ktk org dlm keaadan sihat sejahtera and penyakit ya sembuh amin..

Mungkin kisah-kisah tuk agaak menakotkan. Namun Allah itu maha adil. Allah selitkan cerita gembira buatku hari tok. aku dikhabarkan oleh sahabatku, Saudari Nuraniza..yang mana beliau akan mengadakan majlis akad dan walimatul urus. Insya Allah pada hari Ahad, 2 mggu agik.
butir-butirnya seperti yang berikut:

  • Majlis Akad dan Walimatulurus
  • Saudari Nuraniza Bt Sulaiman & Muhd Afif B. Iskandar
  • Tarikh : 26 Julai 2009/ Jam 10.00 pagi
  • Tempat : Kpg Siol Kandis, Petra Jaya
  • Beliau memohon agar rumah-tangganya diredhai Allah dan dilimpah Mawaddah Wa Rahmah. Amin
Alhamdulillah.. Kemudian hari ini insyaAllah akan diadakan majlis Isra` dan Mikraj di masjid Bahagian Kuching.Majlis bakal berlansung seawal solat Maghrib, dan pengisian oleh ustaz jemputan. InsyaAllah. bagi yang berkelapangan, dijemput untuk hadir bagi bersama-sama berkumpul dalam masjid yang mendapat berkah Allah ini.

ok la..
saya nak tido da..
salam ukhwah buat semua.. jap..tadik kmk dgr berita TV3..
Dato Chua Soi Lek masuk PKR..
korang surf la sendirik..
ok..
salam..
nite~

Friday, July 17, 2009

Merinsak bejalan, tapi bermanfaat buat hati...







Meredah Nasib Rakyat Di Kuching

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua..

Marek aku berjarah ke bandaraya Kuching. Apa nak dipolah ku rah siya??
emm eboh tanyak, ada urusan rasmi untuk aku menjejak kaki ke bandaraya itu. Jika tiada sebarang urusan, manakan aku mok berjalan entah xtauk tuju hala. sebab ya aku padah, merinsak berjalan tapi bermanfaat buat hati...

Mula-mula aku settlekan urusan rasmi aku ke bandar itu, pasya entah.. nikmatnya ukhwah yang Allah s.w.t bagi, aku alu bertemu dengan saudara-saudaraku sik diduga. Kmk nemu ibrahim juniorku. sempat untuk aku bertegur sapa dan bertanya keadaan nya. geney life kinek..
kmk kan ramah..
hahahah

pasya ya..
subhanallah..jumpa agik saudaraku.. Azhar@jahar..
heheh..best ilak rasa lamak xtemu bah.. ats dasar urusanku yang masih di uruskan olef P.A ku, maka kau mengambil kesempatan untuk berjalan bersama ngan Azhar..
best jahar..rindok ati ehh jalan sama2. kami berjalan sekitar dan membeli belah seketika.

Sementalah, azan di bandar raya kUching berkumandang, kami beransur menuju pula ke Masjid bahagian. indahnya ukhwah sampe solat pun dapat kmk org polah sama. alhamdulillah, riang sekali hati melihat jemaah kUching masih tauk reti nak sembayang jemat.ok la. tertusuk juak hati nagga mcm2 rupa org smyang bah. Rumah Allah, nya menjemput tetamu yang Allah maok. beruntungla menjadi tetamu Allah..dapat hadir ke rumahNya.

Aku ringkaskan, ptg ya nemu Jenab ndah.hihihih.then ptg ya kmk org berjalan agik bersama nagn Nor.emm sepupu Azhar. berjalan sekitar watefront, Sarawak Plaza, Parkson. Thakz Azhar belanja kmk makan.hihihi. kat parkson ngga shedule wayang..
harry potter baru....
fuhh..
atas dasa ari dah aher nak..xpa la. xpat tgga.
maka balikla kmi sepatang itu menuju ke sarang masing-masing.

sebelah malam aku terkejut mendengar kematian Ustaz Awg Pon. Al-Fatihah. sekitar mengenai Ustaz , http://perkepis.blogspot.com/2009/06/ziarah-ustaz-awang-pon.html kat ctowk.

ok.
Sesungguhnya kematian itu adalah pasti. Sudahkah kita bersedia kala ajal menjelma tanpa diduga?? nauzubillah, ya Allah, rahmati perjalananan hidupku, keluargaku, sahabat2 ku dan seluruh muslimin muslimat serta setiap hambaMu. Amin. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan..

Thursday, July 16, 2009

Sekilas MPKP-Malam Pengenalan Kelab Dan Persatuan

Malam mintak cop free koooot!!


Semalam telah berlansungnya program Malam Pengenalan Kelab dan Persatuan (MPKP) 2009. program tuk mndapat kelulusan 2 hari sebelum nya dilaksanakan..
nang sakit palak kedak ya.
mun just simple aktiviti xhal. tapi nya mok kita laksanakan dengan professional.
then need la kmk owg prepare mcm2. siooot. evrything need to perfect.subsidi berik stkat RM15/- jakk..
xpa syukur juak.
barang dibeli cukup2 jak kei molah preparetion. wat is realy happen to us???
kmk org dah la molah program drastik yg instant. slide show, brochures, design, and mcm gik nak dipolah. ngambik brg rah stor Jabatan Pertahanan Awam giewk... (as im the
member of JPA3 campus)..alu berangkut brg..
huhuhu..

lets leave the process..
apa pulak jadi time nya dipolah???
while im went to back to refreshing myself then do last step of printing, im shock bila balit agik ke booth..
fuhhhh penak urg da rami gilak??
fuchoooo...
im just can say that..
nang kelam kabut jak rupa??
huuuuhh.. sapa mok jwb tok???
haiyoo..
be prepared la...program two day like this must be plan orginizely...
well, bila dah jadi cmtuk, kita ekot arus jak la..
miak berduyun-duyun nyerbu booth..
huhu cian ajk-ajk geng aqu yg lain spt Rozi, Mike, kak Aisyah, Gerek Rozi,hehe lupak ku namanya,Corn juak, mascot kmk org, atai. aku sendiri,,and cdak afi n nas juak.
xpa,,done oredy.. let it be peace of memories..
anyway thank to my frens..
thank to all the visitors..
haha.
dah la ku nulis..
kepak jak ngrepak..
keh keh.p/s: gambar kelak aque download ohh.

Tuesday, July 14, 2009

Cerita Duak Ari Tuk


Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua. Baik kmk padah apa kmk polah duak ari tuk. bacoz semalam alu sik berkesempatan mok nulis blog. marek kmk nang bizi bena kelas dari pagi smpe petang jam 6. hua hua.. penat rasa badan. ia kira ok la..tapi masalahnya bila penat utak, ya Rabbi heng-heng rasa nyawa. huhuhuu. sehingga ke malam kmk menatap juak skrin laptop tuk. tapi kmk agik molah research abot 'One Nation, One Malaysia'. fuhh mengancam isu tok yang kmk pelu kupas isu-isunya dan takrifan pasal perkara ya. nang la marek otak kmk bekerja keras memerah idea yang pelbagai dari pelbagai genre juak..huhu math, chemist. abot sofrware then esei writing researh pulak.
Yalah pasal marek. but mlm nya best. cdak Jamin, Nas and Muel beli Box speaker besarrrrr!! bilit kmk org alui dooom-dooom bunyinya. best juak. lak mok beli sigek. malam nagga crita Xmen wolverine. tap kmk kan letih seharian.. tido lah awal around 12.30 am..... ok kisah arituk gik. semua berjalan seperti biasa. researh tentang 1 Nation 1 Malaysia pada tahap analisa yang terakhir. well kira ok la. maybe complete malam tok. but ingin di mentionkan kat ctowk..kmk pegi meting club president-president ari tuk. kmk bersama dalam Kadet Pertananan Awam Malaysia. Fuh..meeting la weii.... Isu tentang MPKP- Malam Pengenalan Kelab dan Persatuan. well just nak padah this coming Thursday ada program ya.. Kmk yang incharge. so i need to work hard for that evant becoz it is the first time the MPP colobration doing this stuff. ok la..


Dah include pa jak crita ari tuk so. thank membaca. kelak ada masa kmk engkah entri yang menarik untuk semua meliputi segala aspek Insya Allah. tq. ahlan wasahlan.

p/s: kacak x gambar sunset ya?? kmk ambik rah Pasir Panjang Beach time KPAM kem.

Sunday, July 12, 2009

Mulakan Harimu dengan Bismilah hirrahma nirrahim....



Bismilah hirrahman nirrahim... dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.. Pada kali nie saya nak upload grafik ayat Al-Fatihah.. InsyaAllah..bley jugak jadik bacaan dan memahaminya..


Sambil kita surf ntenet, sambil kita bley basahkan lidah membaca ayat Allah, dan melahirkan rasa kerdilnya sebagai seorang hamba dan juga khalifah dimuka bumi ini. Moga mendapat manfaat bersama. Syukran.

assalamualikum wbt and salam ePPy2 go luCky bwat semua..


Salam.. alhamdulillah.. aku dapat gak lunch aku punye blog nie.. at the same time aku dah ade tiga blog..tapi org laen tak leh acces.. huhu.. tu yang geram.. most post yg aku bwat untuk cambahan minda and perkongsian buah idea ngan semua. so....aku naik angin..aku bwat laa semula..

huhuh.. so..jap gie aku copy paste balik ape yg aku tulis kat blog lme kat blog nie. anyway.. start a new one. Moga Allah sentisa merahmati perjuangan aku menulis blog nie..untuk faedah semua... Amin.. thanks..