(gambar ini sebagai hiasan semata-mata..heheheh..kedak iklan kat kropok jak..)
Ramadhan Yang Ku Rindui.....Allahu akbar 3x..
Assalamualaikum w.b.t Ya Allah, Ramadhan yang ku rindui...kini semakin menjengah. Betapa kini aku benar2 mengerti maksud sebenar rindukan Ramadhan. Hati kecil ini cuba untuk membisikkan kepada teman2 ku, insan2 sekeliling ku,, betapa aku ingin meluahkan rasa syukur tak terhingga, untuk aku katakan rindunya aku pada Ramadhan..Subhanallah.
“Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.”
“Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sungguh, buat semua sahabat2ku mahupun rakan taulan, rebutlah tarbiyyah pada bulan yang penuh barakah, bulan yang lebih baik dari seribu bulan. Perbaikilah akhlak kita, tingkatkan amalan kita dan sentiasa iqtiqamah dalam melaksanakan amal kebaikan.
Andai harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya, Jika seluruh umur adalah dosa, maka taqwa dan taubatlah ubatnya, Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhanlah pemutihnya. Andai amal dirasakan kurang, tarbiyyah dan istiqamah bermulanya tiba Jika khilaf pernah terjadi, mohon agar diampuni segalanya Sungguh Ramadhan yang kurindui pasti mendidik aku yang kerdil ini... amin...Rebutlah peluang yang yang hampir di depan mata ini, kerana Ramadhan mendatang belum pasti kita bersua kembali. Ingat, posa jangan sik posa...!!! ya kewajipan kita sebagai seorang muslim..emmm..pa gik owhh..just nak madah..rindok juak ekk nangga pesta bazaar Ramadhan..mesti mcm2 ada dijual.. Tapi kena beringat,, walaupun syaitan dikurung time bulan pose, tapi nafsu pasti gik ngekot kita. jadi kawallah nafsu anda. Syukran2. akhir kalam, camat bpose....lalalalalala....... salam