Wednesday, November 30, 2011
Sunday, October 23, 2011
Assalamualaikum dan slmt pagi..
korunk pe kbr sume..?
saje nak idopkan blog nie..
lame dah ta tulis..
Posted by little bro Syah_ameer at 6:24 PM 1 comments
Monday, April 11, 2011
Fadhilat Membaca Bismillah
Fadhilat Membaca Bismillah
Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.
Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.
Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.
Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.
Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.
Lakukanlah ini semua dengan keyakinan dan bertawakallah kepada Allah S.W.T.kerana setiap rezeki itu datangnya daripada Allah. Kita cuma dapat berusaha,berihktiar dan berharap agar Allah memberi rezeki kepada kita."
Posted by little bro Syah_ameer at 7:06 PM 1 comments
Thursday, April 7, 2011
Bila Dosa Dipandang Remeh
T |
erdapat satu kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kini dimana seorang anak lelaki telah mengugut si ibu supaya memberinya sejumlah wang. Apabila ditanya untuk apa keperluan wang itu, si anak berbohong wang itu untuk membeli buku pelajarannya. Apabila si ibu tidak memberi, anaknya menghunus sebilah pisau supaya wang diberikan. Si ibu sangat menyesali sikap anaknya yang derhaka. Alangkah hancurnya hati ibu diperlakukan sedemikian? Di manakah silapnya sedangkan dia telah memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anaknya itu.
T |
idak lama kemudian seorang gadis telah menelefon. Barulah si ibu mengetahui bahawa anaknya meminta wang untuk berbelanja bersama-sama gadis itu. Akibat pengaruh kawan, anak itu sanggup menderhaka.
J |
ika dikaji kedua-dua watak ibu dan ayah, mereka merupakan insan yang sangat mulia. Bagaimanakah perangai anak mereka boleh menjadi begitu buruk? Setelah dibongkar sejarah keluarganya, salah satu penyebab perangai anak lelaki menjadi sedemikian rupa disebabkan kerana si bapa telah mewarisi satu bentuk saka. Saka ini pula telah diturunkan sejak turun temurun sehinggalah ke anaknya. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa saka ini tidak pernah mempunyai satu saka yang baik. Apabila diselidik, rupa-rupanya si ayah semasa kecil dahulu telah telah ditanam dengan sifat-sifat dosa oleh ibunya. Perkara ini telah sedikit sebanyak telah berpindah kepada anak lelakinya itu. Ini menyebabkan anak lelakinya mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak sihat melalui kawan perempuannya.
I |
nilah antara kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita, di mana kita perlu mengambil iktibar. Sekiranya kita menganggap perkara ini sebagai perkara biasa atau sesuatu yang normal dalam budaya hidup masyarakat, ini merupakan permulaan kepada keruntuhan kekuatan dalaman kita. Oleh itu marilah kita bersama-sama bertafakur tentang lima perkara yang dipetik daripada kitab Al-Hikam. Dalam kitab ini ada disebutkan bahawa apa sahaja dosa yang kita perbuat di dunia ini (selain daripada dosa syirik) sama ada dosa besar atau dosa kecil, terdapat lima dosa yang lebih dahsyat daripada itu. Antaranya :
1 |
Apabila kita melihat dosa-dosa itu sebagai sesuatu yang biasa. Jika kita
membuat sesuatu kemungkaran atau maksiat, adalah lebih berdosa jika kita
melihat dosa itu sebagai sesuatu yang biasa. Oleh sebab itu dalam kitab Ihya
Ulumuddin, Imam Al Ghazali mengajak kita setiap kali berbuat dosa, kita perlu bermuhasabah. Kita cuba menghukum diri supaya pada lain masa kita tidak mudah melakukan perkara dosa yang sama.
2 |
Apabila kita memandang dosa-dosa yang kita telah perbuat itu sebagai dosa
yang kecil atau perkara yang remeh. Ini adalah lebih membahayakan
daripada dosa yang kita telah perbuat. Contohnya kita kerap berbohong, berdusta atau melihat seseorang menerima rasuah. Kita pun menganggap itu adalah perkara biasa atau perkara normal yang biasa terjadi. Inilah dosa yang lebih teruk daripada dosa melakukan perkara itu sendiri.
3 |
Apabila di dalam hati kita tiada niat langsung untuk berhenti daripada dosa
yang kita lakukan. Jika dalam rohani tiada kehendak menghentikan sesuatu
dosa itu, ini adalah lebih teruk daripada melakukan dosa itu sendiri.
4 |
Apabila kita melakukan dosa secara terang-terangan. Kita tidak bimbang
bahawa pada suatu hari nanti orang lain akan mendapat tahu kesalahan kita.
Jika ditanya, apakah kamu tidak takut ditangkap nanti? Mungkin kamu pun
menjawab, “Orang lain ramai yang buat, tiada masalah ditangkap. Kalau orang lain tidak ditangkap, maknanya saya pun boleh buatlah.” Ini juga termasuk dosa yang lebih teruk daripada dosa melakukan kejahatan itu.
5 |
Apabila berani tidak bertempat dalam melakukan dosa atau kesalahan.
Keberaniannya ini dianggap keberanian yang bodoh. Oleh sebab itu ia
merupakan dosa yang lebih teruk daripada perlakuan dosa itu sendiri.
B |
ukanlah bermakna satu-satu dosa itu sekiranya ia merupakan dosa besar maka ia hilang dosa-dosa besarnya. Tetapi apa yang penting, janganlah kita membawa sikap-sikap seperti yang telah disebutkan. Kita tidak boleh melihat sesuatu dosa itu sebagai biasa dan remeh sahaja. Jika kita bercita-cita untuk berhenti membuat dosa apabila pada usia tua, apakah jaminan kita dapat hidup sehingga tua? Sikap berani menunjuk-nunjuk membuat dosa secara terang-terangan merupakan satu sikap yang bodoh dan tidak wajar. Kesemua sikap tersebut boleh mendorong kita ke arah keruntuhan iman pada diri. Yang lebih teruk daripada akibat runtuhnya iman kita sekiranya tidak berjaga-jaga.
A |
pakah kaitannya dengan kisah si ayah yang diceritakan tadi? Janganlah kita menjadi manusia yang apabila melihat sesuatu perkara yang tidak baik berlaku di dalam keluarga, semuanya dianggap sebagai perkara biasa sebagaimana ibu kepada si ayah tadi.
S |
ekiranya ini berlaku, kesannya mungkin kita tidak perasan pada zaman kita. Mungkin kesannya berlaku kepada keturunan kita. Keburukan yang diwarisi, ia boleh diibaratkan sebagai bola salji yang kecil.
A |
pabila ia bergolek turun hingga ke pertengahan bukit, bola tadi akan menjadi bulatan yang besar. Apabila bola ini sampai ke kaki bukit, ia menjadi sesuatu yang boleh meranapkan sebuah rumah yang teguh. Oleh itu, berhati-hatilah. Janganlah disebabkan sikap kita yang memandang remeh soal dosa akan meranapkan keturunan kita akan datang seperti bola salji kecil tadi.
Posted by little bro Syah_ameer at 7:52 PM 0 comments
Thursday, March 24, 2011
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w pernah bersabda: Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali menuju ke tiga buah masjid iaitu masjidku ini iaitu masjid Nabi, Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Aqsa.(HR Bukhari &Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sembahyang satu waktu di masjidku adalah lebih utama daripada mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram.(HR Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Sesiapa yang berkunjung ke baitullah dan tidak bercakap dengan percakapan yang keji serta tdak berbuat fasik, maka dia akan kembali seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya. .(HR Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda:Sesungguhnya Kota Madinah itu baik iaitu aman kerana ia akan mengeluarkan keburukan (kefasikan dan maksiat), seperti api mengeluarkan kotoran tembaga. .(HR Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Saad bin Abu Waqqas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Sesiapa yang bermaksud jahat teradap penduduk Madinah, maka Allah akan memusnahkannya seperti garam yang larut dalam air.(HR Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Mazini r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Tempat yang berada diantara rumahku dan mimbarku adalah diantara taman-taman Syurga.(HR Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Sesungguhnya mayat itu akan terseksa kerana tangisan ahli keluarga terhadapnya.(HR Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu’bah r.a katanya: Aku Mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang diratapi ke atasnya, maka dia akan diseksa disebabkan ratapan ke atasnya pada hari kiamat kelak .(HR Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Amir bin Rabi’ah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda:Apabila kamu melihat jenazah diusung, maka berdirilah kerananya sehinggalah jenazah tersebut diusung jauh dari kamu atau sehingga jenazah tersebut diletakkan didalam kubur .(HR Bukhari & Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:Sesungguhnya seorang muslim itu apabila memberikan nafkah kepada............ (bersambung pada entry akan datang..)
Posted by little bro Syah_ameer at 4:21 AM 1 comments