T |
erdapat satu kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kini dimana seorang anak lelaki telah mengugut si ibu supaya memberinya sejumlah wang. Apabila ditanya untuk apa keperluan wang itu, si anak berbohong wang itu untuk membeli buku pelajarannya. Apabila si ibu tidak memberi, anaknya menghunus sebilah pisau supaya wang diberikan. Si ibu sangat menyesali sikap anaknya yang derhaka. Alangkah hancurnya hati ibu diperlakukan sedemikian? Di manakah silapnya sedangkan dia telah memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anaknya itu.
T |
idak lama kemudian seorang gadis telah menelefon. Barulah si ibu mengetahui bahawa anaknya meminta wang untuk berbelanja bersama-sama gadis itu. Akibat pengaruh kawan, anak itu sanggup menderhaka.
J |
ika dikaji kedua-dua watak ibu dan ayah, mereka merupakan insan yang sangat mulia. Bagaimanakah perangai anak mereka boleh menjadi begitu buruk? Setelah dibongkar sejarah keluarganya, salah satu penyebab perangai anak lelaki menjadi sedemikian rupa disebabkan kerana si bapa telah mewarisi satu bentuk saka. Saka ini pula telah diturunkan sejak turun temurun sehinggalah ke anaknya. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa saka ini tidak pernah mempunyai satu saka yang baik. Apabila diselidik, rupa-rupanya si ayah semasa kecil dahulu telah telah ditanam dengan sifat-sifat dosa oleh ibunya. Perkara ini telah sedikit sebanyak telah berpindah kepada anak lelakinya itu. Ini menyebabkan anak lelakinya mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak sihat melalui kawan perempuannya.
I |
nilah antara kisah benar yang berlaku dalam masyarakat kita, di mana kita perlu mengambil iktibar. Sekiranya kita menganggap perkara ini sebagai perkara biasa atau sesuatu yang normal dalam budaya hidup masyarakat, ini merupakan permulaan kepada keruntuhan kekuatan dalaman kita. Oleh itu marilah kita bersama-sama bertafakur tentang lima perkara yang dipetik daripada kitab Al-Hikam. Dalam kitab ini ada disebutkan bahawa apa sahaja dosa yang kita perbuat di dunia ini (selain daripada dosa syirik) sama ada dosa besar atau dosa kecil, terdapat lima dosa yang lebih dahsyat daripada itu. Antaranya :
1 |
Apabila kita melihat dosa-dosa itu sebagai sesuatu yang biasa. Jika kita
membuat sesuatu kemungkaran atau maksiat, adalah lebih berdosa jika kita
melihat dosa itu sebagai sesuatu yang biasa. Oleh sebab itu dalam kitab Ihya
Ulumuddin, Imam Al Ghazali mengajak kita setiap kali berbuat dosa, kita perlu bermuhasabah. Kita cuba menghukum diri supaya pada lain masa kita tidak mudah melakukan perkara dosa yang sama.
2 |
Apabila kita memandang dosa-dosa yang kita telah perbuat itu sebagai dosa
yang kecil atau perkara yang remeh. Ini adalah lebih membahayakan
daripada dosa yang kita telah perbuat. Contohnya kita kerap berbohong, berdusta atau melihat seseorang menerima rasuah. Kita pun menganggap itu adalah perkara biasa atau perkara normal yang biasa terjadi. Inilah dosa yang lebih teruk daripada dosa melakukan perkara itu sendiri.
3 |
Apabila di dalam hati kita tiada niat langsung untuk berhenti daripada dosa
yang kita lakukan. Jika dalam rohani tiada kehendak menghentikan sesuatu
dosa itu, ini adalah lebih teruk daripada melakukan dosa itu sendiri.
4 |
Apabila kita melakukan dosa secara terang-terangan. Kita tidak bimbang
bahawa pada suatu hari nanti orang lain akan mendapat tahu kesalahan kita.
Jika ditanya, apakah kamu tidak takut ditangkap nanti? Mungkin kamu pun
menjawab, “Orang lain ramai yang buat, tiada masalah ditangkap. Kalau orang lain tidak ditangkap, maknanya saya pun boleh buatlah.” Ini juga termasuk dosa yang lebih teruk daripada dosa melakukan kejahatan itu.
5 |
Apabila berani tidak bertempat dalam melakukan dosa atau kesalahan.
Keberaniannya ini dianggap keberanian yang bodoh. Oleh sebab itu ia
merupakan dosa yang lebih teruk daripada perlakuan dosa itu sendiri.
B |
ukanlah bermakna satu-satu dosa itu sekiranya ia merupakan dosa besar maka ia hilang dosa-dosa besarnya. Tetapi apa yang penting, janganlah kita membawa sikap-sikap seperti yang telah disebutkan. Kita tidak boleh melihat sesuatu dosa itu sebagai biasa dan remeh sahaja. Jika kita bercita-cita untuk berhenti membuat dosa apabila pada usia tua, apakah jaminan kita dapat hidup sehingga tua? Sikap berani menunjuk-nunjuk membuat dosa secara terang-terangan merupakan satu sikap yang bodoh dan tidak wajar. Kesemua sikap tersebut boleh mendorong kita ke arah keruntuhan iman pada diri. Yang lebih teruk daripada akibat runtuhnya iman kita sekiranya tidak berjaga-jaga.
A |
pakah kaitannya dengan kisah si ayah yang diceritakan tadi? Janganlah kita menjadi manusia yang apabila melihat sesuatu perkara yang tidak baik berlaku di dalam keluarga, semuanya dianggap sebagai perkara biasa sebagaimana ibu kepada si ayah tadi.
S |
ekiranya ini berlaku, kesannya mungkin kita tidak perasan pada zaman kita. Mungkin kesannya berlaku kepada keturunan kita. Keburukan yang diwarisi, ia boleh diibaratkan sebagai bola salji yang kecil.
A |
pabila ia bergolek turun hingga ke pertengahan bukit, bola tadi akan menjadi bulatan yang besar. Apabila bola ini sampai ke kaki bukit, ia menjadi sesuatu yang boleh meranapkan sebuah rumah yang teguh. Oleh itu, berhati-hatilah. Janganlah disebabkan sikap kita yang memandang remeh soal dosa akan meranapkan keturunan kita akan datang seperti bola salji kecil tadi.
0 comments:
Post a Comment