BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 28, 2009

United, Tottenham cerahkan peluang ulangi prestasi lalu

LONDON - Manchester United dan Tottenham menang 2-0 ke atas lawan masing-masing sekali gus ke peringkat suku akhir Piala Liga, kelmarin.

Kemenangan tersebut mencerahkan peluang kedua-duanya untuk mengulangi prestasi musim lalu apabila berjaya mara ke perlawanan akhir.

Danny Welbeck dan Michael Owen masing-masing menjaringkan gol membantu penyandang juara itu mencatat kemenangan ke atas Barnsley, semalam yang turut membabitkan kekecohan penonton.

Sementara Tottenham pula mengalahkan musuh mereka dalam Liga Perdana England (EPL), Everton hasil jaringan Tom Huddlestone dan Robbie Keane.

Penjaga gol, Brad Guzan menyelamatkan empat sepakan penalti termasuk tiga dalam sepakan penentuan, bagi memberikan kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa di Sunderland.

Blackburn yang terlepas dua gol penyamaan berjaya mengalahkan Peterborough 5-2 sementara Portsmouth mempersembahkan prestasi yang baik untuk keluar daripada zon corot Liga Perdana England dengan mengalahkan Stoke 4-0.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson pula merehatkan hampir semua pemain utama dan memasukkan tiga pemain dari posisi pertahanan kanan dan hasilnya, mereka berada di depan pada minit keenam ketika Welbeck menanduk mudah hasil sepakan penjuru Anderson.

Owen tersenarai dalam kesebelasan utama buat kali kelima sejak menyertai United turut mempamerkan aksi bertenaga seperti ketika dia memenangi pemain terbaik Eropah pada 2001 apabila menjaringkan gol pada minit ke-59 hasil rembatan dari jarak 25 meter.

Namun, Gary Neville diperintah keluar padang selepas jaringan tersebut kerana mengasari Adam Hammill bagi memberikan peluang buat Barnsley, pasukan yang mendominasi pada awal permainan.

Penyerang, Daniel Bogdanovich menanduk liar pada minit ke-22 bagi membolehkan Barnsley; pasukan yang tidak pernah memenangi sebarang piala utama sejak memenangi Piala FA 1912 memberi tekanan, tetapi gagal menemui sentuhan penyudah.

Bagaimanapun United bakal berdepan dengan hukuman badan bola sepak negara itu selepas ada antara penyokong mereka menimbulkan kekacauan di Stadium Oakwell ketika meraikan kemenangan tersebut.

Barnsley telah membuat laporan kepada polis mengenai kemusnahan tersebut di bahagian selatan tempat duduk selepas penyokong merempuh masuk kaunter penjualan makanan.

Tottenham, yang muncul juara Piala Liga pada 2008 dan tewas dalam perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti musim lepas, melakukan beberapa pertukaran selepas kecederaan yang menimpa Jonathan Woodgate, Aaron Lennon dan Peter Crouch.

Pada minit ke-31, Wilson Palacios memintas bola dari kawasannya sendiri seterusnya membawa bola secara solo, sebelum melakukan hantaran kepada Keane

Keane membuka permainan di sebelah kanan kepada David Bentley, yang melakukan hantaran silang melepasi kepalan Keane dan melalui bawah kaki Roman Pavlyuchenko sebelum Huddlestone melakukan sepakan voli menerjah ke gawang gol.

Penjaga gol, Heurelho Gomes dapat menghalang cubaan jaringan penyamaan lawan pada awal separuh masa kedua menerusi aksi akrobatik hasil percubaan Tim Cahill sebelum Keane menjaringkan gol menerusi keadaan kelam-kabut ketika mengambil sepakan penalti.

Penyerang Ireland itu dijatuhkan pemain pertahanan lawan, Distin dalam kawasan penalti.

Tim Howard menyelamatkan sepakan tersebut menggunakan kakinya dan menyelamatkan percubaan susulan Gareth Bale yang melantun ke arah Keane, hasil sepakan voli jarak dekat.

"Mereka yang beraksi hari ini melakukan tugas dengan baik.

"Sesiapa yang menyaksikan perlawanan ini akan berfikir, David Bentley telah melakukan segalanya untuk saya malam ini," kata pengurus Spurs, Harry Redknapp.

Redknapp berkata, Bentley teruja untuk beraksi menentang bekas pasukannya, Arsenal Sabtu ini, tatkala Lennon dijangka tidak dapat diturunkan kerana masalah kecederaan.

Louis Saha hampir menjaringkan gol untuk Everton menerusi sepakan percuma empat minit sebelum perlawanan tamat.

Spurs mengeluarkan sepakan percuma itu dan bola melantun semula ke dalam permainan, Saha mengawal bola dengan lututnya 12 meter dari pintu gol sebelum melakukan sepakan akrobatik namun ditepis keluar oleh Gomes.

Guzan yang menggantikan penjaga gol, Brad Friedel di Sunderland berjaya menyelamatkan sepakan penalti Kenwyne Jones pada separuh masa kedua bagi membolehkan Villa seri 0-0 dalam masa sebenar. - AP

ref : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_01.htm

0 comments: