BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, February 6, 2010

LIputan semasa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera wat semua.
Kali ini saye cume nak kongsi cerita2 yang saya dpt semasa tgh surf and sekitar sya...
Saya akan kupas serba sedikit 4 ketegori yang berbeza yang meliputi Isu agama, politik semasa, dunia hiburan, dan sekitar.

1. Politik
semasa membelek-belek akhbar bbrpa hari ini..antara isu yg hangt diperkatakan adalah kes liwat Dato Anwar Ibrahim..sekali imbas kronologi kisah ini sebenarnya mendatangkan impak terhadap sesiapa sahaja yang mengikuti secara terperinci. Disini pasti nampak silap dan salah antara pihak tertentu. Secara peribadi saya lebih suka untuk membuat penilaian sendirian tanpa berkongsi dngn idea sesiapa.Justeru, isu politik ini, saya garapkan kepada pembaca untuk membuat tafsiran sendiri berkaitan isu yang berkenaan.

2.Isu Agama
Hal agama saya bangkitkan apabila masing-masing sibuk untuk mengetahui perkembangan lanjut kisah Liwat ahli politik kita. Dalam kekalutan prioriti isu yang di teliti, mungkin kebanyakkan kita hampir langsung tidak mengetahui bahawa dalam masa yang sama saudara kita di luar negara sedang bermati-matian menegakkan agama. Isu apa?? isu seorang penjawat awam wanita yang tidak dibenarkan untuk menggunakan jilbab. isu ini timbul kembali apabila ketidakpuasan hati individu tertentu untuk menjatuhkan martabat wanita berjilbab malahan menjatuhkan hukum hakam yang di perintah oleh Allah. Isu ini dibawa lanjut kemuka pengadilan manusia....sila dapatkan maklumat lebih lanjut.

3. Hiburan
Terbentang di muka layar skrin intenet artis Malaysia bergambar dlam keadaan yang mengaibkan. Ini terjadi kerana foto peribadi beliau bersama suami telah tersebar angkara pihak yang tak bertanggungjawab. Banyak spesifikasi yang dibuat oleh pihak media dan individu tertentu. Mengapa hal ini dilanjutkan dlam blog saya??? Peringatan sebenarnya buat teman2 sekalian..hidup kita ini penuh denagn panca roba. Jika kita lalai tidak menjaga kehormatan diri, pasti akhirnya akan terpalit kepada diri kita sendiri. Mungkin catitan kisah ini adalah kisah sabotaj kepada beliau, namu kita ini yang harus beringat untuk terus memperjuangkan agama Allah, menjadikan Rasulullah sbg contoh ikutan, serta pengamalan ibadah kita yang perlu dimanatapkan dan iaman kita perlu dikukuhkan.

4. Isu sekitar...
tak dpt dikupas lebih lanjut..cuma sekadar isu2 yang berbangkit disini.
1. Pengamalan syrirk (percayakan bomoh melebihi Allah) oleh masyarakat di zaman serba canggih ini.
2. Isu sosial yang tiada sudah oleh golongn remaja, malahan golongan dewasa sehingga benar2 mereka jauh dari jalan Allah.. NAuzubillah
3. Amal dan ibadah masyarakat islam kita... amat kecundang sekali dengan godaan iblis..
4.byk lagi..lagi..lagi,,,,,,,


Emm buat renungan dan memperbaiki diri kita sendiri.. Jazakallahu khairan khath`ira.


liputan dan catitan oleh :
Professor Md. Ameer.

Tuesday, December 29, 2009

Maslahat Ummat...


(logo dan penjenamaan produk yang kami keluarkan...)


(sila upload name card nieh...dan print sendiri..hehehe..)

Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah..diberi juga ruang untuk aku mencoret seketika di blog aku nieh..huhu..lame dah tak update.. aku ringkaskan ceritanya...
Dalam menempuh kemodenan masa kini...ramai diantara remaja kita yang leka dengan agama mereka.. Apakah yang dimaksudkan dengan leka ini??? Mudah bicara adalah apabila mereka lalai untuk menjaga maruah agama..atau paling tidak untuk mengamalkan ajaran agama masing2..terutama mereka yang bergelar muslim. Apa yang terjadi?? Sebagai contoh, remaja bertindak liar untuk melakukan maksiat diluar tabiee...tanpa ada rasa segan dan silu dikhalayak ramai.. Iya..kalu pUn mereka tidak malu dengan masyarakat umum..tapi mereka harus MALU dan TAKUT kepada DIA yang maha memerhati..maha mengetahui..ALLAH..tuhan mereka...
Justeru..jika mereka bertindak berani untuk melakukan perkara seperti ini.( bertidak tanpa hukum hakamnya...meninngggalkan agama di belakang..)....maka maksudnya..mereka berani menentang hukum ALLAH!!!! Nauzubillah..... Wahai teman rakan2ku yang membaca ruangan ini..harus untuk kita berubah...mahupun menasihati teman2 kita.dan sekelumit bingkasan nasihat untuk insan disekeliling kita.. Berubahlah ke arah kebaikan hari ke sehari untuk memperbaiki hidup yang lebih diredhia ALLAH... TAKUT ALLAH???? maka sama2 kita fikirkan..dan selamat beramal !!
catatan : Prof. Dr Ameer.... =)

Friday, November 20, 2009

My name card..


(nieh logo official saye...heheheh...)


(my name card..download laaa ea... )


assalamualaikum wbt... salam sejahtera buat semua.. saya rindu sgt ngan semua.. huhu dlm seminggu niehh sye jrg bukk ntent..yelah cuti n berjalan2 jee..hheheheh.. anyway..saya nak bagi name card saya.. so bley la korg download then gie print eehh..hehehe.. kang kontek2 laa...

satu lagi..bru je jap tadi sye bukak radio then dgr dah lagu raya (raya haji).hehehe.. sedih dah..huhuhu.. so ...w/pun msh awal...saye nak ucap gak..SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA...

Sunday, November 1, 2009

Gambar di Masjid Wan Alwi- Majlis Haul


Masjid Wan Alwi, Tabuan


Masjid Wan Alwi, Tabuan


Masjid Wan Alwi, Tabuan


masjid Wan Alwi, Tabuan


Masjid Wan Alwi, Tabuan


Masjid Wan Alwi, Tabuan

Assalamualaikum..
ini adalah sekitar majlis haul imam al haddad..
ana tak taw nak letak citer ape kat sini..
tapi biar ana citerkan..rezki Allah bila mnyampaikan ana ke tempat tersebut..

pada hari tersebut ana gelisah sebenarnya..dapat ke ana pegi ke tempat majlis haul tersebut.?? .bukan nyer ape..dari pihak atasan takde tranpot di sediakan oleh pihak kampus...jadi ana hanya membiarkan angin lalu menentukan runsing hati dibawak arus angin..
tapi dlm hati menyimpan hasrat besar agar agar Allah memudahkan ana untuk ke sana..

ana cuba minta akhie ana untuk mengambil ana....tapi tiada balasan lanjut dterima..maksudnya...emm...tak dpt la nak ambil ana untuk ke sana...
sebelah petang pulak..ada lagi shbt ana mengirimkan msg majlis haul tersebut..jadi dlm hati segar kembali..agar sahabat ana dpt mengambil ana..dan menumpang bersama untuk ke program tersebut..skali plak die kat UIAM plak..dah blek kampus..
jadi.ana menangis dlm hati sahaja...huhuuhuhuh..samapila senja....masok waktu maghrib...

hahhhhh...! bila dgr azan maghrib nak msok...saye tak smpt nak mandi.nak ambil phala berjemaah di msjid...
nak dipendekkan crita..di masjid beberapa org shbt ana juga berkeinginan pergi ke sana..majlis haul..oleh kerana kesuntukan masa juga..sebab terlepas dah sesi ptg...maka kami yang ada di masjid terus sahaja nekad pegi ke Masjid Wan Alwi..dan menyewa kereta..ana plak takde fulus waktu tuh..tapi kerana atas keyakinan..meminta kepada Allah..kwn ana menawarkan dia membantu mmbayar sewa...hehe.jadi kmi pon pegi..
saya pulak dlm keadaan yang tak berapa sesuai pkaian nye,,,bju tshirt..hijau terang...dgn seluar slack.
hahah..org lain sume bjubah...berpkaian yang lebih sesuai dri itu.tapi tak mengapala....

byk input yg kami perolehi..di sini..sya kongsi 2 amalan yang mereka berikan...

2 amalan :

1.mulakan Bismillah pada setiap perbuatan yang baik

2.berbuat baik kepada jiran..walaupun dia bukan muslim..

p/s: amalkan perkara ni..insyaAllah..walaupun nampak ringan tapi besar barakah nyer,,
sekian'...
wassalam.

Sekilas Majlis Haul Imam al-Habib`Abdullah bin `Alwi bin Muhammad al-Haddad


(lampiran 1...)


(lampiran 2..)


(poster haul..)

Majlis Haul Imam AlHaddad bertujuan khusus mengenang peninggalan Imam Al-Haddad selaku seorang Qutub dan Mujaddid Islam abad kedua belas hijri. Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad terkenal sebagai seorang ‘arifin yang memiliki ilmu yang luas lagi bermanfaat; bukan sahaja untuk insan yang hidup pada zaman beliau, bahkan untuk sesiapa sahaja tanpa batasan merentasi zaman atau umur. Beliau kehilangan daya penglihatan sejak berusia umur empat tahun namun memiliki kelebihan yang luar biasa yang telah digantikan oleh Allah s.w.t. dengan nur basirah serta kebolehan menyerap ilmu dan menyebarluaskannya.
Siapakah Imam 'Abdullah al-Haddad?
Beliau bernama Abdullah bin Alawi bin Muhammad bin Ali Al-Tarimi Al-Haddad Al-Husaini Al-Yamani. Beliau (rahimahullah) dilahirkan di Subir sebuah perkampungan berhampiran kota Tarim di Wadi Hadhramaut, selatan negeri Yaman pada hari Ahad 5 haribulan Safar tahun 1044 hijriah bersamaan 30 haribulan Julai tahun 1634 Masehi. Al-Habib telah diasuh dan ditarbiahkan di Kota Tarim. Ketika beliau meningkat umur empat tahun, Al-Habib dijangkiti penyakit cacar yang mengakibatkan kehilangan daya penglihatan. Walaupun demikian, Allah yang Maha Agong lagi Mulia telah menggantikan kepada Al-Habib dengan mata hati (cahaya ilmu dan pengetahuan serta keyakinan dan wilayah). Berasaskan kurniaan ini, Al-Habib telah berusaha dengan penuh dedikasi dan kegigihan menceduk ilmu dari sejumlah besar para ulama’ di Yaman. Cinta beliau terhadap ilmu dan para ulama’ menghasilkan kebolehan menguasai ajaran para ahli tahkik (orang yang mengenali Allah dengan ‘ainul-yakeen serta hakkul-yakeen). Semenjak kecil lagi beliau memaparkan kekuatan usaha ibadat dan kerajinan memuntut ilmu.
Untuk membaca lebih lanjut tentang beliau,sila klik di sini.
Majlis haul di Melaka akan diadakan di Baitul Qura, Sungai Udang pada 27 Oktober 2009. Majlis di Sarawak akan diadakan di Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya pada 31 Oktober 2009 dan di Masjid an-Nur, Pujut Padang Kerbau, Miri pada 30 Oktober 2009. Di Labuan akan diadakan di Masjid Layang-Layangan pada 29 Oktober 2009.
Baitul Qurra' wal 'Ilmi

ruj : blog sahabat ana... http://ibnuzamani.blogspot.com

Wednesday, October 28, 2009

Seleksi Setempat Anda, CATS.fm (radio swasta Sarawak)

Seleksi Menoa Kita..ahakzz..btol ke aku kaka tok..mun sik pun.. CATs.fm..ke nuan ajak...hehe..
hAhaha..lebih kurg lah gia.. neway...rasa btuah juak dirik..marek ku bjalan ke studio utama Cats.fm..
haha..saja ngabas org sinun.
haha..bena ndak kah?
emm..no lah..marek ekcely i was following one of my frens that have been call for sound.test..
well congrate to my frenn Dj Feejay that have been choosen for becoming a DJ.. im glad for him.
nang excited juwak rasa dirik..
emm..
mok tauk kisah lanjut..jua ehh..kita imbas cket..

pagi marek yaa...org lain kamboh pegi check in for test ..aku mbak ilex2 jak..haha..paper ku sikda...
at same tyme udah ku bjjnji ngn my frenz nak pegi studio..hhaha...next2.... smpei di skitar bgunan penyiaran radio yaa...aisehman..ade cikit kisah lucu nya.. aku tok bertindak sbg pengiring jak..ada sorg kwn ya selaku P.A Feejay..haha..nang rasa rancah jakkk....then..nak masok bgunan ya tek...btuuulak ke pintu kaca ya.. sigek sik dpt...coba sigek gik sik dpt..

hmmm...nang malu asa..
stndard jak tek bgaya nak masok..exlast tek..dtg laa pak guard.... sapa bgus nya..hehe..alu btanyak indah.. "ktk nak pegi sini"... "pegi pasar kowhh"..hahah..xda la (bulak jak uncle..eksen jak)..lanjut..alu nya madah gik.. "ktk org nak molah recording kah"....alu senyum simpul jak laa..madah aok..
haha.
nang melaram kedak artis bah kmi pegi sia..kahkha...

emm..ok..
proceed,...dipendekkn crita.. all members kat Cats.fm nang peramah..
budi bahasa cdak nang tggi..menyapa setiap pegunjung sia...
Tahniah di atas sifat sntun timur yang masih diamalkan,...

then..kisah masok studio..marveolus..hhehe..
best ehh...
suukk asa..
then..after all that have done..besa la..bergulai kitai..haha..bergambar ngan geng dj..
hehe..
beest ehh.///
so owesome..
so..
yajak la apat dikongsi..
lak la uplod gambr..
ok..
tata..
slmt mbaca... =)

Sarawak : Kekalkan Budaya Tradisi

Kekalkan budaya tradisi


MICHAEL Manyin Jawong (kanan) disambut oleh beberapa wanita berpakaian tradisional ketika memasuki bori balung pada Pirami Ritik Adat (Pesta Citrawarna Budaya) Bidayuh Bau 2009 di Kuching, baru-baru ini. - utusan/SOPI SAMAILE


KUCHING 28 Okt. - ''Kita perlu mengekalkan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang malah kita mungkin boleh menambah baik pendekatan persembahan kebudayaan dengan lebih menarik lagi.''

Demikian kata Menteri Pembangunan Bandar dan Pelancongan Sarawak, Datuk Michael Manyin Jawong sambil menambah, persembahan kebudayaan masyarakat pribumi di negeri ini mesti dinaik taraf serta ditambah nilai bagi memastikan kelangsungan industri pelancongan di negeri Sarawak.

Menurutnya, ciri-ciri kebudayaan seperti persembahan tarian tradisional yang dipaparkan setakat ini masih berada di tahap yang sama.

''Sehubungan itu, kumpulan persembahan kebudayaan dan tarian di negeri ini diseru mempertingkatkan mutu pertunjukan mereka dengan menampilkan kelainan yang dapat memberi impak jangka panjang kepada pelancong domestik mahupun asing.

''Kebudayaan yang kita miliki mempunyai keunikan yang tidak terdapat di mana-mana negara lain dan kita bukan sahaja memuliharanya tetapi ia juga perlu dinaik taraf," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis 'Pirami Ritik Adat' (Pesta Citrawarna Budaya) Bidayuh Bau 2009, di Kampung Suba Buan dekat sini baru-baru ini.

Tema bagi pesta kali kelima itu ialah 'Bidayuh Seiring Ke Arah Pembentukan 1Malaysia', iaitu satu tema yang dipilih ke arah menyokong aspirasi pembentukan rakyat Malaysia yang bersatu padu supaya agenda kerajaan untuk memakmur serta membangunkan negara dapat berjalan dengan lancar.

Manyin menambah, kementeriannya akan berusaha mempromosikan perkampungan Bidayuh ke luar negara dengan membawa masuk pelancong khususnya dari Singapura.

Pada masa yang sama, beliau mahu melihat penampilan persembahan yang berlainan dan ditambah nilai supaya pelancong akan datang kembali.

Dalam perkembangan lain, Manyin yang juga Ketua Penasihat Persatuan Dayak Bidayuh Kebangsaan (DBNA) berkata, sekarang adalah masa yang sesuai bagi komuniti Bidayuh melihat semula kebudayaan mereka dan membuang usur-unsur yang menghalang kemajuan.

Manyin meminta cawangan-cawangan DBNA agar mengenal pasti elemen kebudayaan yang negatif dan menolaknya supaya boleh mara ke hadapan seiring dengan kaum lain dalam era pembangunan di negeri ini.

Tambahnya, apa juga bentuk unsur yang membatasi kemajuan sepatutnya diketepikan dan elemen yang baik pula mesti dipulihara serta dipraktikkan.

Dalam pada itu, pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang hari pesta berkenaan, seperti pertandingan membina 'bori balung', pertandingan sukaneka amalan tradisi Bidayuh, pertandingan memasak cita rasa masakan Bidayuh bersama Maggi, persembahan kebudayaan serta pameran hasil kraf tangan Bidayuh.

United, Tottenham cerahkan peluang ulangi prestasi lalu

LONDON - Manchester United dan Tottenham menang 2-0 ke atas lawan masing-masing sekali gus ke peringkat suku akhir Piala Liga, kelmarin.

Kemenangan tersebut mencerahkan peluang kedua-duanya untuk mengulangi prestasi musim lalu apabila berjaya mara ke perlawanan akhir.

Danny Welbeck dan Michael Owen masing-masing menjaringkan gol membantu penyandang juara itu mencatat kemenangan ke atas Barnsley, semalam yang turut membabitkan kekecohan penonton.

Sementara Tottenham pula mengalahkan musuh mereka dalam Liga Perdana England (EPL), Everton hasil jaringan Tom Huddlestone dan Robbie Keane.

Penjaga gol, Brad Guzan menyelamatkan empat sepakan penalti termasuk tiga dalam sepakan penentuan, bagi memberikan kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa di Sunderland.

Blackburn yang terlepas dua gol penyamaan berjaya mengalahkan Peterborough 5-2 sementara Portsmouth mempersembahkan prestasi yang baik untuk keluar daripada zon corot Liga Perdana England dengan mengalahkan Stoke 4-0.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson pula merehatkan hampir semua pemain utama dan memasukkan tiga pemain dari posisi pertahanan kanan dan hasilnya, mereka berada di depan pada minit keenam ketika Welbeck menanduk mudah hasil sepakan penjuru Anderson.

Owen tersenarai dalam kesebelasan utama buat kali kelima sejak menyertai United turut mempamerkan aksi bertenaga seperti ketika dia memenangi pemain terbaik Eropah pada 2001 apabila menjaringkan gol pada minit ke-59 hasil rembatan dari jarak 25 meter.

Namun, Gary Neville diperintah keluar padang selepas jaringan tersebut kerana mengasari Adam Hammill bagi memberikan peluang buat Barnsley, pasukan yang mendominasi pada awal permainan.

Penyerang, Daniel Bogdanovich menanduk liar pada minit ke-22 bagi membolehkan Barnsley; pasukan yang tidak pernah memenangi sebarang piala utama sejak memenangi Piala FA 1912 memberi tekanan, tetapi gagal menemui sentuhan penyudah.

Bagaimanapun United bakal berdepan dengan hukuman badan bola sepak negara itu selepas ada antara penyokong mereka menimbulkan kekacauan di Stadium Oakwell ketika meraikan kemenangan tersebut.

Barnsley telah membuat laporan kepada polis mengenai kemusnahan tersebut di bahagian selatan tempat duduk selepas penyokong merempuh masuk kaunter penjualan makanan.

Tottenham, yang muncul juara Piala Liga pada 2008 dan tewas dalam perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti musim lepas, melakukan beberapa pertukaran selepas kecederaan yang menimpa Jonathan Woodgate, Aaron Lennon dan Peter Crouch.

Pada minit ke-31, Wilson Palacios memintas bola dari kawasannya sendiri seterusnya membawa bola secara solo, sebelum melakukan hantaran kepada Keane

Keane membuka permainan di sebelah kanan kepada David Bentley, yang melakukan hantaran silang melepasi kepalan Keane dan melalui bawah kaki Roman Pavlyuchenko sebelum Huddlestone melakukan sepakan voli menerjah ke gawang gol.

Penjaga gol, Heurelho Gomes dapat menghalang cubaan jaringan penyamaan lawan pada awal separuh masa kedua menerusi aksi akrobatik hasil percubaan Tim Cahill sebelum Keane menjaringkan gol menerusi keadaan kelam-kabut ketika mengambil sepakan penalti.

Penyerang Ireland itu dijatuhkan pemain pertahanan lawan, Distin dalam kawasan penalti.

Tim Howard menyelamatkan sepakan tersebut menggunakan kakinya dan menyelamatkan percubaan susulan Gareth Bale yang melantun ke arah Keane, hasil sepakan voli jarak dekat.

"Mereka yang beraksi hari ini melakukan tugas dengan baik.

"Sesiapa yang menyaksikan perlawanan ini akan berfikir, David Bentley telah melakukan segalanya untuk saya malam ini," kata pengurus Spurs, Harry Redknapp.

Redknapp berkata, Bentley teruja untuk beraksi menentang bekas pasukannya, Arsenal Sabtu ini, tatkala Lennon dijangka tidak dapat diturunkan kerana masalah kecederaan.

Louis Saha hampir menjaringkan gol untuk Everton menerusi sepakan percuma empat minit sebelum perlawanan tamat.

Spurs mengeluarkan sepakan percuma itu dan bola melantun semula ke dalam permainan, Saha mengawal bola dengan lututnya 12 meter dari pintu gol sebelum melakukan sepakan akrobatik namun ditepis keluar oleh Gomes.

Guzan yang menggantikan penjaga gol, Brad Friedel di Sunderland berjaya menyelamatkan sepakan penalti Kenwyne Jones pada separuh masa kedua bagi membolehkan Villa seri 0-0 dalam masa sebenar. - AP

ref : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_01.htm

Islam Vs. Bergurau..tapi bukan Menipu. Camner tuh.

Jujur dalam Bergurau Senda
www.iLuvislam.com
nasuha 02
Editor : kasihsayang



Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling. Tujuannya hanya satu; untuk gembira dan ceriakan suasana. Takkan kita nak serius sepanjang masa, betul tak?

Tapi, sedarkah kita, ketika bergurau senda, kita mungkin dah berbohong? Kita mungkin tak berniat untuk betul-betul bercakap bohong, tapi hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.

Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, kita mesti akan cakap, “Aku main-main je la…” “Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”

Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :

“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta." [1]

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.” [2]

Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi Islam tidak membenarkan pembohongan, walaupun hanya untuk bergurau semata-mata. Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya:

“Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [3]


Macam mana cara yang betul untuk bergurau?


Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda. Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda:

“Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.”

Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau. Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata,

“Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata,

“Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” [4]

Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.

Apa yang dapat diperhatikan dalam kisah di atas, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza.

Jadi, gurauan sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau. Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:

“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:

“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”

Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.



Nota kaki:

[1] Riwayat Bukhari dan Muslim.
[2] Riwayat at-Tirmizi.
[3] Riwayat Ibnu Abid-Dun-ya dari Abu Hurairah.
[4] Riwayat Abu daud dan at-Tirmizi dari Anas, Hadis shahih.

ref : http://www.iluvislam.com/v1//readarticle.php?article_id=2022

UMNO kambing kew???? kopiuss aku..

Pas cuba jadikan UMNO ‘kambing hitam’

GENTING HIGHLANDS 28 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas Pas kerana cuba menjadikan UMNO dan idea kerajaan perpaduan sebagai ‘kambing hitam’ dalam konflik dalaman membabitkan pimpinan tertinggi mereka.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, berdasarkan perkembangan semasa sebenarnya berlaku pertembungan kepentingan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Sebab itu sekarang mereka nak bersilat dalam gelanggang, tepis sana tepis sini supaya mereka dapat atasi masalah mereka.

“Dia cari ‘kambing hitam’, ‘kambing hitam’ ini UMNOlah, sedangkan kita berniat baik dan ikhlas,’’ katanya.

Beliau mengulas kemelut dalam Pas yang tercetus apabila Nik Abdul Aziz mencadangkan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan pemimpin parti itu yang dikategorikan prokerajaan perpaduan.

Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Mengulas mengenai kerajaan perpaduan, Muhyiddin berkata, alasan yang digunakan Abdul Hadi semalam bahawa perkara itu hanya relevan sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri adalah suatu dalih.

Tegasnya, Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri telah membuat kenyataan bahawa UMNO sentiasa terbuka terhadap idea itu.

“Datuk Seri Najib dan saya telah buat kenyataan terbuka, bahasa pun dalam bahasa Melayu yang agak asli, mudah difahami dan bukannya bercakap Arab.

“Tetapi kalau mereka kata tak mahu, tidak mengapalah, setidak-tidaknya kita menunjukkan hasrat yang baik dan jelas,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin menyerahkan kepada masyarakat Islam untuk menilai tindakan Pas yang menolak perpaduan ummah itu.

“Bagi saya perpaduan adalah baik, sesuai dan boleh kita teruskan tapi kalau pihak Pas kata tak payah, okey, kita tiada masalah.

“Kita hendak beritahu kepada masyarakat Islam bahawa UMNO adalah parti yang mendokong prinsip perpaduan ummah,” katanya.