BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 23, 2009

3 keputusan Kabinet


PUTRAJAYA: Kabinet bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi ketika Teoh Beng Hock disoal siasat, minggu lalu.

Pada masa sama, satu inkues yang diketuai seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh, yang mencetuskan kontroversi kerana mendiang ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor beberapa jam selepas disoal siasat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Kabinet pada mesyuaratnya semalam juga mengarahkan Kementerian Dalam Negeri serta polis menyelesaikan segera siasatan kes berkenaan dan laporannya akan diumumka


Pada sidang media di pejabatnya di sini, Najib menegaskan tiga keputusan itu dibuat kerana Kabinet mahu penyiasatan kematian Teoh dilakukan dengan menyeluruh bagi mencari punca kejadian itu.


Teoh, 30, yang juga Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu, selepas memberi keterangan sebagai saksi dalam kes penyalahgunaan peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor.

Mendiang dipanggil ke pejabat........ berita selanjutnya... klik disini.. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20090722235840/Article

0 comments: