Ronaldo akhirnya menemui sentuhan gol
MADRID: Pemain paling termahal di dunia, Cristiano Ronaldo akhirnya menyumbang gol pertama untuk kelabnya, Real Madrid apabila mengalahkan kelab dari Ecuador, Liga de Quito 4-2 dalam perlawanan Piala Keamanan di sini, awal pagi tadi.
Penyerang Portugal berusia 23 tahun itu yang menikmati bayaran termahal 94 juta Euro apabila menyertai Real dan meninggalkan Manchester United - berjaya menyempurnakan penalti pada minit ke-48.
Kemenangan Real itu membolehkan ia melangkah ke separuh akhir Jumaat ini menentang kelab Itali, Juventus.
Bagaimanapun, pemain Real yang lebih menyinar ialah Esteban Granero atau dikenali El Pirata atau "Lanun", yang dibeli daripada Getafe.
Dia mencuri tumpuan apabila dengan menyumbang satu gol dan membantu satu lagi gol menerusi pertahanan antarabangsa Jerman,
Christoph Metzelder.
Meskipun menang, pemain Real yang menyinar ketika perlawanan itu ialah Karim Benzema yang menyumbang gol tunggal Real. - AFP
(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090729082150/Article)
0 comments:
Post a Comment